fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Kedai Makan Laris, Suami Isteri Peniaga Disimbah Asid [Video]

Hanya Kerana Kedai Makan Laris, Suami Isteri Peniaga Disimbah Asid [Video]

Menurut Khairy, kedai makan pasangan itu turut terbakar sehingga menyebabkan ia habis musnah pada seminggu sebelum kejadian simbah asid berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran tetang satu pasangan suami isteri yang juga peniaga kedai makan diserang dan disimbah asid dipercayai di Pangsapuri Laksamana Jaya, Selayang.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Khairy Adli di laman grup Facebook, Gombak Food Delivery serangan yang dilakukan terhadap pasangan itu pada 4 Julai lalu didakwa bermotifkan dengki.

Kedai dibakar sebelum kena simbah asid

Lebih mengejutkan pengguna Facebook itu mendakwa seminggu sebelum kejadian, kedai mangsa dibakar dan habis musnah.

“Kemudian semalam (4 Julai) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur.

“Mohon siapa kenal yang buat macam ini beri maklumat,” tulisnya sambil memaklumkan pasangan tersebut adalah keluarga sahabatnya.

Kedai makan pasangan kena simbah asid memang ramai orang

Menurut Khairy, pasangan itu merupakan peniaga sebuah kedai makan roti nan yang terletak di Selayang selain mendakwa ia merupakan kawasan yang tidak selamat untuk berniaga kerana ramai yang mempunyai sifat iri hati.

“Tolong panjangkan mesej ini, kawasan mangsa berniaga memang teruk dengkinya. Saya pernah makan kedai keluarga kawan saya ni. Memang sedap dan ramai orang.

“Bukan sekali dua benda-benda macam ni jadi kepada mangsa. Tapi mangsa bangun dan terus masih berniaga. Tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid,” dakwanya.

Dia dalam pada itu, berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan tugas mereka untuk menyiasat perkara itu.

Kongsi rakaman CCTV ketika menaiki lif

Dalam hantaran tersebut, Khairy turut menyertakan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak seperti membaling sesuatu objek kepada 3 individu sebaik sahaja mereka memasuki lif.

Si pelaku kemudian segera berlari daripada kawasan tersebut selepas membaling objek berkenaan.

Tidak lama kemudian kelihatan mereka segera berlari keluar, dan seorang wanita seperti memegang mukanya selepas objek itu dibaling individu berkenaan.

Sementara itu, dalam posting dikongsikan Khairy turut menunjukkan keadaan pasangan yang sedang dirawat di sebuah hospital serta kedai makan mereka yang sudah habis musnah terbakar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.