fbpx
Now Reading
Hukum Bermain Mobile Legends, Harus Bagi Kanak-Kanak & Makruh Bagi Orang Dewasa – UAI [Video]

Hukum Bermain Mobile Legends, Harus Bagi Kanak-Kanak & Makruh Bagi Orang Dewasa – UAI [Video]

Menurut UAI, asas sesuatu perkara adalah mengharuskan dahulu melainkan akan datang dalil tersebut menjadi haram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seiring dengan kemajuan teknologi, permainan dalam talian (online) kini banyak dimainkan di dalam telefon pintar tidak seperti dahulu lagi yang harus menggunakan komputer sahaja.

Maka tidak hairanlah permainan online seperti Mobile Legends Bang Bang, PUBG Mobile dan Call Of Duty Mobile begitu popular di kalangan kanak-kanak bahkan orang dewasa.

Tidak dinafikan, bermain online game ini merupakan salah satu cara untuk menghilangkan stres yang berkesan, namun jika tidak dikawal penggunaannya ia juga mampu mendatangkan kesan buruk.

Kanak-kanak tanya UAI hukum main Mobile Legends

Susulan itu, seorang kanak-kanak telah bertanya kepada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI mengenai hukum bermain Mobile Legends.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @encheredzuan, kanak-kanak terbabit bertanya soalan itu dalam satu majlis Kuliyyah Maghrib UAI di Surau Al-Hidayah Rumah Murah, Bukit Kuang, Kemaman pada Khamis lalu (6 Julai).

Harus bagi kanak-kanak, makruh bagi orang dewasa

Menurut UAI, hukum bermain Mobile Legends untuk kanak-kanak adalah diharuskan manakala bagi orang dewasa pula makruh melainkan permainan itu adalah sunah.

Jelasnya, asas sesuatu perkara adalah mengharuskan dahulu melainkan akan datang dalil tersebut menjadi haram.

“Permainan tak kisahlah zaman dahulu atau sekarang, hukum kanak-kanak bermain adalah harus dan hukum orang dewasa bermain adalah makruh

“Melainkan permainan itu adalah sunah seperti seperti memanah dan sebagainya, macam main bola, dam, snooker makruh saja bukan kata haram,” katanya.

Namun, jelas UAI segala permainan itu haruslah dikawal agar hukumnya tidak menjadi haram seperti bertaruh, mendedahkan aurat dan sebagainya.

UAI nasihat kawal kanak-kanak bermain agar tidak memudarat kesihatan

Meskipun hukum bermain bagi kanak-kanak adalah harus, UAI tetap menasihati agar ia dikawal oleh orang dewasa kerana tidak mahu permainan tersebut memudaratkan kesihatan mereka.

“Mobile Legends boleh main, tapi jangan ada dalam permainan atau aplikasi benda-benda yang boleh menggalakkan kita buat benda yang haram di alam yang nyata,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.