fbpx
Now Reading
Wanita Hamil Lebih Berisiko? Ketahui Apa itu Carpal Tunnel Syndrome & Faktornya

Wanita Hamil Lebih Berisiko? Ketahui Apa itu Carpal Tunnel Syndrome & Faktornya

Meskipun terdapat faktor lain yang berisiko meyumbang kepada berlakunya penyakit ini, ia sering dikaitkan dengan pergerakan tangan berulang yang kerap dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di dalam kehidupan seharian, kita pasti akan melakukan pergerakan berulang kali dengan menggunakan tangan seperti semasa bekerja atau melakukan aktiviti-aktivit lain.

Meskipun perkara tersebut dianggap sebagai sesuatu yang normal memandangkan fungsi anggota tangan amatlah penting dan diperlukan setiap masa, tetapi sebenarnya ia juga boleh menyumbang kepada risiko kesihatan tersembunyi sekiranya pergerakan dilakukan berulang kali.

Menurut laporan Kosmo, aktiviti-aktiviti sebegini boleh menyebabkan penyakit seperti ‘Carpal Tunnel Syndrome’ (sindrom terowong carpal) yang boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira umur.

Oleh yang demikian, amatlah penting untuk mengambil tahu punca penyakit ini dan cara untuk menghindarinya agar orang ramai sedar mengenai aktiviti harian yang kelihatan tidak berbahaya sebenarnya boleh membawa kepada penyakit berkenaan.

Punca Carpal Tunnel Syndrome sebab saraf median jadi terhimpit

Untuk info masalah ini terjadi apabila saraf median yang terletak di dalam terowong carpal, satu laluan sempit dari bahagian lengan ke bahagian tapak tangan menjadi terhimpit.

Antara gejala sindrom ini adalah seperti tangan menjadi lemah untuk menggenggam sesuatu objek serta rasa sakit dan kebas.

Pergerakan tangan berulang punca Carpal Tunnel Syndrome

Meskipun terdapat faktor lain yang berisiko meyumbang kepada berlakunya penyakit ini, ia sering dikaitkan dengan pergerakan tangan berulang (repetitive) yang kerap dilakukan antaranya, menaip dengan ‘laptop’, menggunakan tetikus, mengemas rumah dan sebagainya.

Pakar Perunding Ortopedik, Trauma dan Pakar Pembedahan Sukan dari Pusat Perubatan Sunwat Velocity (SMVC), Dr. Raymond Yeak Dieu Kiat berkata, kaitan ketara di antara sindrom ini dengan aktiviti harian yang dilakukan dapat dilihat berdasarkan pemerhatian epidemiologi.

Faktor lain sindrom ini adalah penyakit sendi, tulang, perubahan hormon atau metabolik

Menurutnya, antara faktor lain termasuk penyakit sendi atau tulang, perubahan hormon atau metabolik dan paras gula dalam darah yang tidak menentu hingga boleh menyumbang kepada berlakunya sindrom carpal tunnel ini.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

“Individu yang pernah alami kecederaan pada pergelangan tangan, terseliuh, terkehel atau sebarang keradangan sebelum ini lebih terdedah untuk mendapat sindrom carpal tunnel,” katanya.

Sindrom ini lebih cenderung beri kesan kepada wanita

Antara fakta menarik mengenai penyakit ini adalah ia lebih cenderung untuk memberi kesan kepada wanita lebih daripada lelaki dengan kehamilan menjadi faktor penyebab yang ketara.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Trauma dan Pediatrik di SMVC, Dr. Maria Shelynn Wong pula menekankan bahawa meskipun anggaran 4% daripada golongan dewasa terkesan oleh sindrom ini, kelazimnya simptom dalam kalangan wanita hamil dianggarkan sebanyak 31% hingga 62%.

Jelas Dr. Maria, semasa mengandung setiap ibu mengalami peningkatan jumlah darah sebanyak dua kali ganda.

“Justeru, lebihan darah ini akan tingkatkan tekanan dan menyebabkan pembengkakan pada saluran darah di seluruh badan mereka. Akibatnya, pembengkakan ini boleh memampatkan saraf median pada pergelangan tangan lalu berpotensi mengakibatkan sindrom carpal tunnel,” ujar Dr. Maria.

Sindrom berkurang selepas si ibu melahirkan

Menurutnya lagi, sindrom ini biasanya berkurangan selepas seseorang wanita itu melahirkan kerana paras cecair darah akan kembali normal dan kurangkan tekanan tambahan pada saluran darah.

Susulan itu, Dr. Maria menasihatkan ibu hamil untuk berjumpa doktor sekiranya masih mengalami sebarang simptom sindrom carpal tunnel pada tangan mereka.

Mendapatkan kosultasi daripada pakar perubatan membolehkan para ibu lebih memahami dan membuat keputusan terbaik terhadap kesihatan mereka.

Selain itu, ia juga mampu memberi ketenangan kepada si ibu semasa proses kehamilan yang sememangnya amat mencabar.

Penjelasan mudah apa itu Carpal Tunnel Syndrome?

Bagi yang kurang jelas mengenai Carpal Tunnel Syndrome ini, ia adalah sesuatu keadaan di mana seseorang itu akan merasa kebas, kesemutan, dan rasa lemah di bahagian tangan disebabkan tekanan pada saraf median di pergelangan tangan seperti dijelaskan tadi.

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memandu anda dalam mengetahui apa itu Carpal Tunnel Syndrome, apakah faktornya dan golongan mana yang lebih cenderung berlaku sindrom ini.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.