Wanita Dakwa Ebit Lew Mungkir Janji, Henti Hulur Bantuan Hingga Dihalau Rumah Cetus Perdebatan Netizen

Nama aktivis Ebit Lew mula dikenali ekoran daripada sikapnya yang gemar memberi bantuan terutama kepada golongan yang memerlukan.

Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa keluarga telah menerima bantuan antaranya seperti rumah sewa, barang keperluan termasuk yuran persekolahan anak-anak daripada beliau.

Malah, ada dalam kalangan mereka yang dijanjikan oleh beliau bantuan berterusan seperti sewa rumah.

Namun, sejak semalam (20 Julai), tular hantaran seorang wanita yang mendakwa dia pernah menjadi penerima bantuan Ebit Lew.

Pun begitu, dia kini tidak lagi menerima apa-apa pertolongan selepas Ebit Lew tidak lagi ‘menunaikan tanggungjawabnya’ seperti pembayaran sewa rumah secara bulanan.

Ebit Lew Lambat Bayar Sewa, Penerima Bantuan Dihalau Tuan Rumah

Menerusi perkongsian di kumpulan Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, dia turut menyifatkan Ebit Lew sebagai seorang yang mungkir pada janji.

Dia yang dikenali sebagai Dalisyah berkata, Ebit Lew sebelum ini telah menyewakan sebuah rumah buat dia sekeluarga.

Namun, tindakan Ebit Lew yang lambat membayar sewa, bil air dan elektrik menyebabkan dia telah dihalau oleh tuan rumah berkenaan.

“Jadi, bila ustaz lambat bayar sewa tuan rumah akan marah. Jadi kami takut nak bagi tahu yang pihak ustaz yang lambat bayar. Bil air api juga tidak dibayar. Akhirnya kami dihalau keluar,” tulisnya menerusi hantaran itu.

Malah, Delisyah turut mendakwa, pihak Ebit Lew meminta dia sekeluarga untuk tidak memberitahu kepada tuan rumah bahawa dia menerima bantuan daripada beliau.

Ini menyebabkan wanita berkenaan tidak berani untuk memaklumkan kepada tuan rumah bahawa Ebit Lew menjadi punca sewa rumah lambat dibayar.

Kini Jadi Gelandangan, Malah Nafi Keluarga Terima RM2,000 Sebulan

Menerusi hantaran tersebut, Dalisyah mendakwa keluarganya kini menjadi gelandangan akibat daripada kehilangan tempat tinggal.

Malah, dia juga menyangkal dakwaan jiran-jiran yang mengatakan keluarganya menerima bantuan bulanan sebanyak RM2,000 serta barang-barang dapur.

Baginya, dia menganggap Ebit Lew telah mungkir janji sedangkan pada awal dahulu, beliau berjanji akan membantu mereka sekeluarga.

“Dulu Ustaz Ebit Lew pernah berjanji selagi dia masih hidup duit sewa rumah dan api dengan air dia akan tanggung sekarang dah jadi lain cerita. Mana janji-janji Ustaz Ebit Lew kepada keluarga saya dulu,” tulisnya lagi.

Foto: FB B40 Buat Perangai Apa Harini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pendapat mereka yang tersendiri. Kebanyakannya mengecam tindakan wanita berkenaan yang mengharapkan bantuan berterusan tanpa usaha sendiri.

Namun, ada juga segelintir yang bersetuju dan menganggap Ebit Lew memungkiri janji yang dibuat terhadap keluarga berkenaan.

Dah Tu, Kalau Satu hari UEL Meninggal, Waris Dia Kena Tanggung Kau Sekeluarga Ke?

Apa Yang Ebit Janji Antara Dia Dengan Allah,Yang Kau? Sampai Bila Hendak Bergantung Harap?

Bila Dia Tulis Api Air Tak Bayar, Aku Dah Tahu Terpaling Kepekatan Kemalasan

Macam Biawak Hidup Pula Nak Kena Tanggung Sampai Mati

Benda Ini Dah Lama Berlaku Sejak Dulu Dan Ini Bukan Mangsa Pertama

Orang Yang Janji Itu, Kalau Tiada Kontrak Hitam Putih, Bila-Bila Masa Dia Boleh Angkat Kaki

Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Esok Adik Dapat Bahagiakan Ibu” – Ustaz Ebit Lew Taja Pengajian Pelajar Cemerlang, Nurul Asma

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Keprihatinan Ustaz Ebit Lew Dapat Liputan Media Korea Selatan

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

13 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

14 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

14 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

15 hours ago