fbpx
Now Reading
Kisah Keprihatinan Ustaz Ebit Lew Dapat Liputan Media Korea Selatan

Kisah Keprihatinan Ustaz Ebit Lew Dapat Liputan Media Korea Selatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Rasanya nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pendakwah dan akvitis ini memang diakui sebagai manusia yang jiwa yang mulia dan sanggup membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Namun siapa sangka kisah beliau turut menarik perhatian media dari Korea Selatan, AllKPop yang terkenal dengan berita-berita mengenai industri hiburan di sana.

Difahamkan semuanya gara-gara satu perkongsian di laman Instagramnya, dimana Ustaz Ebit telah menggunakan lagu Mmmh, single solo terbaru Kai dari kumpulan EXO sebagai muzik latar bagi salah satu videonya.

Tangkap layar dari portal allkpop

Video tersebut adalah sewaktu beliau sedang menziarahi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyumbangkan pek makanan berupa KFC sebanyak 550 bungkus dan topeng muka sebanyak 25 ribu keping.

Meskipun video tersebut mendapat perhatian kerana lagu yang digunakan, namun sifat suka membantu dan prihatin Ustaz Ebit turut meraih pujian dan perhatian peminat K-Pop.

Malaysian entrepreneur, Uztaz Ebi tlew, was also seen using Kai’s Mmmh as a background song while distributing food packs and masks for their front liners and praying for everyone’s safety” tulis AllKpop.

Artikel ringkas tersebut kemudiannya mula menarik perhatian netizen di Malaysia yang rata-ratanya terkejut dan berbangga selepas mengetahui kisah keprihatinan Ustaz Ebit turut enarik perhatian masyarakat dan media di luar sana.

Ustaz Ebit masuk AllKpop

“Saya ingat ia adalah suntingan”

Sebelum ini peminat Exo di Malaysia telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM3811.16 yang telah disalurkan ke Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi oleh Ustaz Ebit Lew.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.