Matty Healy Terus Sindir Malaysia, Kali Ini Di Konsert Lollapalooza 2023 [Video]

Nama penyanyi kumpulan The 1975, Matty Healy menjadi topik panas pada bulan Julai yang lalu gara-gara tindakan biadapnya menyindir Malaysia selain memegang botol arak semasa membuat persembahan di hari pertama Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) di Sepang.

Malah dia turut melakukan aksi tidak senonoh apabila mencium rakannya, Ross MacDonald yang juga pemain bass The 1975 menyebabkan konsert tersebut kemudiannya dibatalkan dan kumpulan itu digam dari beraksi di Malaysia.

Kali ini sindir Malaysia di AS

Terbaharu penyanyi kontroversi itu terus menjadi perbuatan hangat di media sosial apabila dia bertindak menyindir Malaysia ketika membuat persembahan di Konsert Lollapalooza 2023, Chicago, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Menerusi video tersebut yang dikongsikan akaun Instagram dan TikTok rasmi majalah RollingStone, Healy bagaimanapun tidak sempat menghabiskan kata-katanya gara-gara ‘dipotong’ dengan petikan gitar bagi intro lagu ‘It’s Not Living If It’s Not With You’ yang dimainkan secara tiba-tiba.

“Kamu semua ingin tahu tip ‘travel’ saya? Jangan pergi ke…,” kata Healy tanpa sempat menghabiskan ayatnya.

Meskipun ayat itu tergantung, Rolling Stone di ruangan kapsyen berkata, kenyataan itu seolah-olah ada kaitan dengan pengharaman The 1975 dari membuat persembahan di Malaysia.

“Matty Healy nampaknya menyindir (tindakan) kumpulan itu diharamkan dari Malaysia semasa persembahan di Lollapalooza.”

Majalah Rolling Stone

Namun menerusi semakan kami di posting Rolling Stone yang lain, tiada sebarang kontroversi tambahan yang dilakukan Healy membabitkan nama Malaysia ketika beraksi di sana.

Sebaliknya dia hanya beraksi normal, jauh sama sekali dari kelakuan ‘tidak siuman’ yang dipamerkannya ketika mengadakan persembahan di GVF 2023.

Pun begitu, ada di kalangan peminat muzik di sana yang mengkritik nyanyian dan persembahannya yang disifatkan sebagai ‘cringe’.

Pun begitu apa yang mencuri tumpuan adalah Healy ada bercium atau lebih tepatnya berdakapan dan berlaga pipi dengan vokalis kumpulan Blink-182, Tom DeLonge.

Namun reaksi Tom di media sosial ternyata tidak disenangi rakyat Malaysia kerana dilihat memihak kepada vokalis The 1975 itu malah secara sinis memerli negara kita.

Baca artikel berkaitan: Tom DeLonge Blink-182 Laga Pipi Dengan Matty Healy, Siap Sinis Malaysia [Video]

Sebagai rekod, tindakan tidak siuman Healy di Malaysia bukanlah yang pertama kali, malah dia sebenarnya cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi dan sikap ‘problematic’ baik di pentas mahupun di luar.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

11 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago