Berbulan madu adalah satu perkara yang sinonim buat pasangan yang baru berkahwin. Ia bagaikan sudah menjadi aktiviti wajib selepas sah bergelar suami isteri.
Sebelum pergi berbulan madu, buat pasangan beragama Islam di Malaysia, anda dinasihatkan untuk membawa kad perakuan nikah atau sekurang-kurangnya sijil sementara yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam sebagai bukti bahawa anda dan pasangan merupakan suami isteri yang sah.
Dokumen ini adalah penting bagi mengelakkan salah faham berlaku dalam kalangan masyarakat terutama ketika anda bercuti bersama pasangan.
Ini kerana tidak semua individu yang tahu dan faham malah ada juga yang bersifat dengki sehingga boleh menimbulkan fitnah menganggap anda bersekedudukan bersama pasangan.
Begitulah yang terjadi buat pasangan pengantin baharu yang diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam selepas mereka menginap di sebuah hotel bajet di Selangor.
Namun, difahamkan insiden berlaku gara-gara laporan dibuat oleh seorang pemilik kedai makan yang terletak berdekatan hotel tersebut.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @ZedRodzuan, detik kejadian bermula pada jam empat pagi apabila pintu biliknya diketuk bertalu-talu dipercayai oleh pihak berkuasa. Dia kemudian disoal siasat oleh pihak berkuasa berhubung status dia dan isterinya.
Namun begitu, dia terus menerangkan status hubungan dia dan isterinya serta kejadian sebenar yang berlaku di antara dia dan wanita yang merupakan pemilik kedai makan kepada pihak berkuasa.
Malah, ketika pihak berkuasa menyedari bahawa dia dan isterinya baharu sahaja melangsungkan perkahwinan, mereka sempat mengucapkan tahniah kepada lelaki itu.
Menerusi video berasingan, Zed mengulas lebih lanjut mengenai dakwaannya berhubung pemilik kedai makan yang membuat laporan terhadapnya.
Menurutnya, detik kejadian bermula apabila dia dan isterinya mengunjungi kedai makan milik wanita tersebut.
Namun, dia dan isterinya bertindak meninggalkan kedai makan itu kerana makanan yang telah dipesan tidak tiba walaupun telah menunggu selama satu jam.
“Alkisah kami makan kat kedai mak cik itu, lepas itu dia ‘sidai’ kami sejam tak dapat makanan, jadi kami letak duit atas meja dan pergi dari situ sebab kebulur dari siang tak makan dan gerak kedai mamak sebelah. Jadi bermulalah segala tragedi,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit, wanita berkenaan dikatakan mencari mereka di kedai berdekatan yang dikunjungi pasangan itu serta merakam gambar mereka.
Tambah Zed, kemuncak kejadian terjadi apabila wanita terbabit didakwa turut meminta bantuan seorang lelaki yang dipercayai suaminya untuk mengekori dia dan isteri ke bilik hotel.
“Sekarang ini cerita dia mak cik itu tak puas hati lagi, dari kedai mamak tadi dia hantar laki (suami) dia pergi spy (intip) kami masuk dalam bilik hotel ini.
“Kau (mak cik) dah menyusahkan aku, datang melancong, pukul 4 pagi tengah tidur kena ketuk,” luahnya dengan geram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram dan mengecam tindakan wanita berkenaan yang melakukan perkara sedemikian. Malah, ada juga yang meminta pasangan itu mendedahkan kedai makan milik wanita tersebut.
Namun, ada juga netizen yang berpendapat pihak kerajaan terutamanya Jabatan Agama sepatutnya menaik taraf sistem perkhidmatan mereka agar memudahkan kedua-dua pihak.
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Elak Ditangkap Basah, Pasangan Kekasih Mengaku Adik Beradik Sebelum Dicekup JAIM
Baca Artikel Berkaitan: Cubaan Menyorok Bawah Katil Tak Menjadi, Pasangan Baru Kenal Tak Sampai 24 Jam Dicekup Berkhalwat
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…