fbpx
Now Reading
Pasangan Pengantin Baharu Kena ‘Serbu’ Jabatan Agama, Gara-Gara Mulut Puaka Mak Cik Kedai Makan [Video]

Pasangan Pengantin Baharu Kena ‘Serbu’ Jabatan Agama, Gara-Gara Mulut Puaka Mak Cik Kedai Makan [Video]

Zed mendakwa serbuan itu berlaku angkara aduan seorang mak cik yang merupakan pemilik sebuah kedai makan yang sebelum itu tidak puas hati dengan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berbulan madu adalah satu perkara yang sinonim buat pasangan yang baru berkahwin. Ia bagaikan sudah menjadi aktiviti wajib selepas sah bergelar suami isteri.

Sebelum pergi berbulan madu, buat pasangan beragama Islam di Malaysia, anda dinasihatkan untuk membawa kad perakuan nikah atau sekurang-kurangnya sijil sementara yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam sebagai bukti bahawa anda dan pasangan merupakan suami isteri yang sah.

Dokumen ini adalah penting bagi mengelakkan salah faham berlaku dalam kalangan masyarakat terutama ketika anda bercuti bersama pasangan.

Ini kerana tidak semua individu yang tahu dan faham malah ada juga yang bersifat dengki sehingga boleh menimbulkan fitnah menganggap anda bersekedudukan bersama pasangan.

Jabatan Agama Islam Serbu Pasangan Pengantin Baharu

Begitulah yang terjadi buat pasangan pengantin baharu yang diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam selepas mereka menginap di sebuah hotel bajet di Selangor.

Namun, difahamkan insiden berlaku gara-gara laporan dibuat oleh seorang pemilik kedai makan yang terletak berdekatan hotel tersebut.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @ZedRodzuan, detik kejadian bermula pada jam empat pagi apabila pintu biliknya diketuk bertalu-talu dipercayai oleh pihak berkuasa. Dia kemudian disoal siasat oleh pihak berkuasa berhubung status dia dan isterinya.

Namun begitu, dia terus menerangkan status hubungan dia dan isterinya serta kejadian sebenar yang berlaku di antara dia dan wanita yang merupakan pemilik kedai makan kepada pihak berkuasa.

Malah, ketika pihak berkuasa menyedari bahawa dia dan isterinya baharu sahaja melangsungkan perkahwinan, mereka sempat mengucapkan tahniah kepada lelaki itu.

@zed.rodzuan

Kalau jiwa tak kental jangan sekali2 check in oyo. Sekali kena tangkap basah tidur tak lena weh 😂

♬ original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

Laporan Dipercayai Dibuat Oleh Mak Cik Kedai Makan, Tidak Puas Hati Dengan Pasangan

Menerusi video berasingan, Zed mengulas lebih lanjut mengenai dakwaannya berhubung pemilik kedai makan yang membuat laporan terhadapnya.

Menurutnya, detik kejadian bermula apabila dia dan isterinya mengunjungi kedai makan milik wanita tersebut.

Namun, dia dan isterinya bertindak meninggalkan kedai makan itu kerana makanan yang telah dipesan tidak tiba walaupun telah menunggu selama satu jam.

“Alkisah kami makan kat kedai mak cik itu, lepas itu dia ‘sidai’ kami sejam tak dapat makanan, jadi kami letak duit atas meja dan pergi dari situ sebab kebulur dari siang tak makan dan gerak kedai mamak sebelah. Jadi bermulalah segala tragedi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit, wanita berkenaan dikatakan mencari mereka di kedai berdekatan yang dikunjungi pasangan itu serta merakam gambar mereka.

Tambah Zed, kemuncak kejadian terjadi apabila wanita terbabit didakwa turut meminta bantuan seorang lelaki yang dipercayai suaminya untuk mengekori dia dan isteri ke bilik hotel.

“Sekarang ini cerita dia mak cik itu tak puas hati lagi, dari kedai mamak tadi dia hantar laki (suami) dia pergi spy (intip) kami masuk dalam bilik hotel ini.

“Kau (mak cik) dah menyusahkan aku, datang melancong, pukul 4 pagi tengah tidur kena ketuk,” luahnya dengan geram.

@zed.rodzuan

Replying to @Sharifah Nurfarah Yannis alkisahnya kami makan kat kedai makcik tu, lepas tu dia sidai kami sejam tak dapat makan so kami letak duit atas meja dan blah terus dari situ sebab kebulur dari siang tak makan and gerak kedai mamak sebelah. So bermulalah segala tragedi

♬ original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram dan mengecam tindakan wanita berkenaan yang melakukan perkara sedemikian. Malah, ada juga yang meminta pasangan itu mendedahkan kedai makan milik wanita tersebut.

Namun, ada juga netizen yang berpendapat pihak kerajaan terutamanya Jabatan Agama sepatutnya menaik taraf sistem perkhidmatan mereka agar memudahkan kedua-dua pihak.

Aku Nak Tahu Pasal Mak Cik Tu, Siapa Mak Cik Viral Tu?

Tolong Spill Kedai Makan, Apa Kena Tunggu 1 Jam, Aku 10 Minit Pun Dah Mengamuk

Sekali Dengan Aku Geram Dekat Mak Cik Tu

Jabatan Agama Kena Upgrade, Bagi Nombor IC Dah Boleh Tahu Kahwin Atau Tidak & Tertera Nama Pasangan

Dah Tiba Masanya Kerajaan Gunakan Sistem Yang Lebih Bagus

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Elak Ditangkap Basah, Pasangan Kekasih Mengaku Adik Beradik Sebelum Dicekup JAIM

Baca Artikel Berkaitan: Cubaan Menyorok Bawah Katil Tak Menjadi, Pasangan Baru Kenal Tak Sampai 24 Jam Dicekup Berkhalwat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.