Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Setiap manusia telah dicipta mempunyai keunikan dan kekurangan masing-masing.
Oleh itu, sebagai seorang insan kita perlulah sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
Namun adakalanya keunikan yang ada pada diri kadangkala menimbulkan salah faham kepada pihak lain secara tidak sengaja.
Lelaki dan sekumpulan rakan diserbu JAIS gara-gara miliki suara seperti wanita
Perkara sama turut berlaku kepada seorang lelaki apabila mempunyai keunikan ‘suara feminin’ sehingga menyebabkan dia dan kumpulan rakannya diserbu oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menerusi video yang dikongsikan oleh @jiey01 di TikTok, awalnya kelihatan lelaki yang mempunyai suara menyerupai wanita itu dipercayai seperti memberikan kad pengenalannya kepada anggota bertugas.
Tindakan itu mungkin dilakukan untuk membuktikan bahawa dirinya adalah lelaki sejati dan bukan wanita atau sebaliknya.
Buat rakan turut terhibur dan ketawa ketika diserbu
Perkara itu secara tidak langsung turut membuatkan rakan-rakannya ketawa kerana terhibur.
“Ditangkap basah oleh pejabat agama disebabkan suara seperti perempuan tulen,” tulis perakam.
Malah turut kedengaran perakam ketawa dan menyatakan dek kerana suara lelaki itu yang seperti wanita pencegah maksiat datang membuat serbuan.
“Siapa call (hubungi) pencegah maksiat? Ya Allah ya tuhanku,” katanya sambil ketawa.
Menurut laporan Kosmo, disebabkan situasi yang berlaku itu anggota JAIS serta rakan-rakan lelaki berkenaan hanya mampu ketawa sesama mereka mengenangkan apa yang sudah berlaku.
Walau bagaimanapun, menerusi carian kami video berdurasi 27 saat itu telah dipadam dari akaun tersebut namun ia dimuat naik semula oleh World Of Buzz.
Namun ada segelintir yang mendakwa video berkenaan sebenarnya adalah satu video lama yang dimuat naik semula.