fbpx
Now Reading
Tom DeLonge Blink-182 Laga Pipi Dengan Matty Healy, Siap Sinis Malaysia [Video]

Tom DeLonge Blink-182 Laga Pipi Dengan Matty Healy, Siap Sinis Malaysia [Video]

Kenyataan yang dikeluarkan Tom mencetuskan rasa kecewa peminat Blink-182 malah ada yang menyatakan hilang rasa hormat terhadapnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada berkongsikan mengenai tindakan vokalis kumpulan rock dari UK, The1975 iaitu Matty Healy yang memerli Malaysia ketika membuat persembahan di Konsert Lollapalooza 2023, Chicago, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu (4 Ogos).

Menerusi video tersebut yang dikongsikan akaun Instagram dan TikTok rasmi majalah RollingStone, Healy bagaimanapun tidak sempat menghabiskan kata-katanya selepas ‘dipotong’ dengan bunyi gitar rakan kumpulannya yang secara tiba-tiba memainkan intro lagu ‘It’s Not Living If It’s Not With You’.

Semakan kami di akaun Rolling Stone bagaimanapun tidak menemukan sebarang kejadian aneh yang lain.

Baca artikel berkaitan: Matty Healy Terus Sindir Malaysia, Kali Ini Di Konsert Lollapalooza 2023 [Video]

Namun ada laporan yang mengatakan Healy ada bercium atau lebih tepatnya berlaga pipi dengan vokalis merangkap gitaris kumpulan Punk Rock lagenda, Blink 182 iaitu Tom DeLonge.

Secara ringkasnya, perbuatan ini tidaklah begitu mengejutkan kerana ia tidak melanggar undang-undang di sana. Bahkan perbuatan berpeluk dan berlaga pipi semasa lelaki juga sudah menjadi budaya di beberapa negara termasuklah di kalangan orang Arab.

Jadi tidak menjadi satu masalah bukan?

Namun siapa sangka ia tidak berhenti di situ sahaja, apabila Tom dilihat mengeluarkan satu kenyataan sinis terhadap Malaysia di Instagram.

Menerusi posting itu, Tom berkata, “Rasanya saya dan The 1975 tidak akan datang ke Malaysia. Dua lelaki bercium di persembahan hebat Lollapalooza,” tulisnya.

Menerusi satu lagi posting, dia turut memuat naik video memaparkan momen sewaktu mereka berdakapan dan berlaga pipi.

Kenyataan yang dikeluarkan Tom seolah-olah menyokong Healy mencetuskan rasa kecewa peminatnya dan Blink-182 dari Malaysia memandangkan hal membabitkan vokalis The 1975 itu langsung tidak kaitan dengannya.

Bahkan ada yang menyatakan hilang rasa hormat terhadap Tom dan kumpulan Punk Rock lagenda itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.