fbpx
Now Reading
Selangor Cuti Isnin (14 Ogos) Jika Kerajaan Perpaduan Menang PRN – MB Selangor

Selangor Cuti Isnin (14 Ogos) Jika Kerajaan Perpaduan Menang PRN – MB Selangor

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sewaktu amanat khas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini (11 Ogos) mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin, 14 Ogos sekiranya gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan esok.

Beliau berkata demikian sewaktu memberi amanat khas yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi miliknya.

Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos 2023 iaitu pada Hari Isnin depan

MB Selangor, Datuk Seri Amiruin Shari

Jelas beliau, PRN pada kali ini amat penting kerana ianya menentukan hala tuju Kerajaan Negeri.

Justeru beliau berharap rakyat di negeri itu akan terus memberikan kepercayaan sekaligus kerajaan pimpinannya dapat meneruskan kestabilan, kecemerlangan dan usaha bakti yang telah dilakukan selama ini.

Tambah beliau lagi, sekiranya menang Kerajaan Perpaduan Selangor dalam masa 100 hari akan melaksanakan 5 insiatif yang telah ditawarkan dalam Tawaran Kita Selangor iaitu:

  • Pemberian RM1,000 kepada 5,000 wanita bekerja bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak.
  • Melaksanakan pengecualian cukai pintu untuk rumah kampung, rumah kos rendah.
  • Baucar buku Kita Selangor bernilai RM 200 untuk 1,000 mahasiswa Negeri Selangor.
  • Menaikkan elaun Imam, Bilal dan Siak.
  • Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM 1000 untuk 500 petani, pesawah dan nelayan.

Terdahulu pada 31 Julai yang lalu, beliau telah membentangkan manifesto atau Tawaran Kita Selangor, Lima Tekad, Lima Tahun sekiranya Kerajaan Perpaduan sekali lagi dipilih untuk mentadbir negeri itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.