fbpx
Now Reading
“Macam Tak Percaya Ni Dekat KL” – Aksi Wanita Menari Separuh Bogel Undang Perhatian Ramai [Video]

“Macam Tak Percaya Ni Dekat KL” – Aksi Wanita Menari Separuh Bogel Undang Perhatian Ramai [Video]

Difahamkan, trend menari yang digelar sebagai ‘Ki Dance Re Vhai’ itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di Bukit Bintang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video aksi sekumpulan wanita menari separuh bogel dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekaligus mencetuskan kekecohan ramai.

Menerusi perkongsian klip yang sohor di media sosial itu, kelihatan beberapa wanita dengan berpakaian menjolok mata sedang menari diiringi lagu di hadapan sebuah kedai di kawasan terbabit.

Difahamkan, trend menari yang digelar sebagai ‘Ki Dance Re Vhai’ itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan tersebut.

Video asal dimuat naik pada 6 Ogos lalu

Semakan kami pada hantaran asal video tersebut di akaun TikTok @ahsanrobi7 mendapati rakaman itu telah dimuat naik pada 6 Ogos lalu namun baru mendapat perhatian ramai pada baru-baru ini.

Netizen persoal bagaimana acara tersebut boleh diluluskan

Memindai ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial mempersoal bagaimana tarian dengan berpakaian sebegitu boleh diluluskan untuk diadakan di tempat awam.

Malah, netizen juga meminta agar pihak berwajib untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

Semasa artikel ini ditulis, pihak polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) belum memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Berikut adalah komen netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.