fbpx
Now Reading
Tular Pelajar Jawab ‘Sebab Boleh’ Semasa Peperiksaan, Ini Respon Azri Walter Sebagai Pencetus Slogan

Tular Pelajar Jawab ‘Sebab Boleh’ Semasa Peperiksaan, Ini Respon Azri Walter Sebagai Pencetus Slogan

Menurut Azri Walter, tujuan asal tagline ‘sebab boleh dik’ itu adalah untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang guru mengenai pelajarnya yang menjawab kertas soalan peperiksaan dengan jawapan ‘sebab boleh’ hingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut yang dimuat naik di laman TikTok akaun  guru berkenaan (@muazsmd), dia berasa kecewa dengan tindakan pelajar berkenaan.

Manakan tidak, soalan yang ditanya adalah berkaitan faktor pembinaan lebuh raya di Malaysia, tetapi kesemua jawapan ditulis ‘Sebab boleh’.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Meme ‘Sebab Boleh Dik’ Dijadikan Jawapan Dalam Exam, Guru Ini Luah Rasa Kecewa

Isu ini sememangnya menimbulkan kerisauan ramai apabila remaja pada masa kini dilihat mudah terpengaruh dengan konten di media sosial sehingga sanggup membawanya ke alam pembelajaran di sekolah.

Pemilik slogan, Azri Walter tampil jelaskan isu tersebut

Terkini, influencer dan pemilik slogan ‘sebab boleh dik’ yang dikenali sebagai Azri Walter tampil menjelaskan tentang isu tular berkenaan.

“Kalau ia betul terjadi dan ramai salah guna ‘sebab boleh dik’, izinkan saya ulas sekali lagi kerana saya rasa ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat,” tulisnya.

Slogan ‘sebab boleh dik’ untuk reset pemikiran manusia ke arah positif

Menurutnya, slogan tersebut digunakan bertujuan untuk ‘reset’ pemikiran kebanyakan manusia yang sering bersikap negatif tentang kebolehan dan kemampuan diri yang sebenar.

Kata Azri, secara asasnya tujuan asal tagline ‘sebab boleh dik’ itu adalah untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

“Walaupun saya seorang marhaen lepasan SPM yang membesar di kawasan setinggan dan flat kos rendah namun saya telah berjaya menterbalikkan kehidupan saya dari zero menjadi hero menggunakan mindset ‘Sebab boleh dik’.

“Saya telah RESET segala program yang mereka tanam di dalam minda saya iaitu ‘tak boleh, jangan, tak boleh, jangan’,” tulisnya lagi.

Azri Walter senaraikan pencapaian dibanggakan olehnya sebab slogan tersebut

Dalam masa sama, Azri juga menyenaraikan beberapa pencapaian yang dipeolehinya sejak kecil sehingga hari ini.

Ia bertujuan untuk memberi semangat kepada masyarakat tentang apa yang boleh dicapai sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Berikut adalah 8 pencapaian yang berjaya diraih oleh Azri Walter:

  1. Ketika umur 12 tahun saya terlalu ingin terpilih mewakili negeri dalam sukan bolah sepak, namun saya tidak terpilih. Selepas itu saya berlatih dan kerja keras. Hasilnya saya berjaya mewakili negara ketika umur 12 tahun. Sebab apa terus wakil negara tak wakil negeri? “Sebab boleh dik”.
  2. Ketika saya bekerja makan gaji saya melalui fasa financial stress. Saya nak ubah kehidupan. Saya tiada modal, tiada ilmu dan tiada networking. Maka saya mulakan perniagaan dengan apa yang saya ada iaitu KEDERAT. Saya mula berniaga dengan menjual produk orang lain secara direct selling di jalanan. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  3. Saya seorang lepasan SPM dan tidak cemerlang di dalam bidang akademik namun Alhamdulillah saya berjaya membuka kolej sendiri iaitu Walter College. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  4. Saya tidak pandai gunting rambut. Saya bukan barber namun saya berjaya membuka 30 cawangan barbershop tanpa pinjaman bank dan tanpa geran. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  5. Saya tidak pernah dapat A dalam subjek bahasa Melayu terutamanya penulisan. Namun saya berjaya menulis buku saya sendiri iaitu The Walter Way, Ebook Jalanan to Jutawan dan aktif menulis di media sosial. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  6. Dulu berat badan saya pernah capai 96kg. Hari ini fizikal saya fit dan im in a good shape. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  7. Waktu mula berniaga dulu, saya daftar perniagaan jenis enterprise 70 hengget. Selepas melawan hidup yang keras dan berjaya memberikan inspirasi kepada ramai manusia dari zero hingga membina empayar perniagaan, pada tahun 2019 saya dilantik menjadi Ikon Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.
  8. Saya bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sepatutnya saya takde kena mengena pun dengan menghafal Al Quran. Namun Alhamdulillah atas izin Allah SWT saya berjaya menghafaz beberapa juzuk Quran ketika zaman kerja kerajaan tanpa dipaksa oleh sesiapa dan telah banyak kali baca dan faham keseluruhan Al-Quran. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.

Gunakan slogan ‘sebab boleh dik’ untuk perkara positif

Azri turut memberi nasihat kepada generasi muda terutamanya yang masih bersekolah untuk menggunakan slogannya itu bagi perkara-perkara positif sahaja.

“Oleh itu, saya nak adik-adik gunakan slogan ‘sebab boleh dik’ supaya boleh menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.

“Kalau nak buat sesuatu, usah takut kerana kita boleh capai apa sahaja dalam hidup dengan syarat ianya  tidak mengundang murka tuhan,” tulisnya.

Menurutnya lagi, ibu bapa bertanggungjawab dalam memantau anak-anak mengenai penggunaan media sosial agar tidak menghancurkan kehidupan mereka di kemudian hari.

Sebab apa min buat artikel ni? Sebab boleh dik…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.