Rakyat Malaysia Di London Tak Lepas Peluang Rai ‘Tube Sarong 2023’ [Video]

Umum mengetahui setiap kali tibanya 16 September negara ini akan menyambut Hari Malaysia.

Hari Malaysia disambut untuk memperingati penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengabungkan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan juga Singapura pada tahun 1963.

Namun Singapura kemudiannya telah keluar daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.

Keretapi Sarong 2023 cara rakyat sambut Hari Malaysia

Bersempena dengan Hari Malaysia tahun ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk meraikannya dengan penuh harmoni sebagai contoh di Kuala Lumpur mereka mengadakan program Keretapi Sarong 2023 yang mengumpulkan rakyat Malaysia dengan menunjukkan budaya etnik yang terdapat di negara ini.

Bukan hanya itu, mereka tidak sahaja menaiki kenderaan awam dengan memakai pakaian dari pelbagai etnik malah turut melakukan pelbagai aktiviti sebagai contoh tarian kebudayaan sesebuah bangsa serta banyak lagi.

London turut raikan acara sama dengan menamakan ‘Tube Sarong 2023’

Apa yang lebih menarik, acara sama turut dirai oleh rakyat Malaysia yang berada di London, United Kingdom pada 16 September dengan menamakannya ‘Tube Sarong 2023’.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Fatnin Aishah di TikTok, kelihatan rakyat Malaysia di sana telah berkumpul dengan memakai baju tradisional bersama kain sarong dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Adakan beberapa tarian kebudayaan serta pertunjukkan silat

Tidak hanya itu, mereka juga turut mengadakan beberapa persembahan tarian seperti Sumazau, tarian daripada kaum India, pertunjukkan silat serta budaya masing-masing.

Malah mereka juga turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan tarian tradisional secara beramai-ramai.

@yoitsfatnin

malaysian in uk >> 🇲🇾

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Mula dari stesen King’s Cross sehingga Battersea Power Station

Dalam satu video yang dimuat naik BuletinTV3, acara itu bermula dari stesen King’s Cross sehingga ke Battersea Power Station dan kemudian berkumpul di Malaysia Square.

Para pelajar yang menyertai acara Tube Sarong ini turut meluahkan rasa bangga mereka sebagai rakyat Malaysia selain menyatakan ia adalah salah satu cara anak muda menghargai perjuangan nenek moyang mereka.

Acara ini secara tidak langsung turut membuatkan ramai bangga selain dapat memperkenalkan budaya Malaysia di negara luar.

Melihat di ruangan komen ramai yang berasa sebak melihat acara tersebut. Malah ada juga yang memberi pendapat agar acara sama turut diraikan di tempat lain seperti New York dan lain-lain.

“Tahun depan boleh join Tube Sarong dekat UK pula”

“Wow bestnya.. Tube Sarong dekat Londoh ya, Tahniah Malaysia”

“OMG sebak je tengok semua yang jauh di perantauan pun meraikan”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

4 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

4 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

5 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

6 hours ago