Dituduh Bayar Mondy Untuk Reka Cerita, Caprice Minta Pemfitnah Jawab Dekat Tuhan Nanti

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu video podcast pendedahan seorang wanita bertatu daripada Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatoo mengenai kelakuan seorang ustaz kepadanya.

Mondy mendakwa tanganya diusap dan disorok di balik beg selain dia juga dipaksa untuk berlakon solat bagi tujuan rakaman.

Pendedahan itu diberikan oleh Mondy di dalam sebuah rancangan Podcast di saluran YouTube penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Meskipun Mondy tidak menyebut sebarang nama, namun netizen mengaitkan ustaz berkenaan dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memandangkan Ebit Lew sebelum ini tular membantu wanita bertatu itu sehingga membawa kepada perubahan yang baik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Mondy Tatto Buka Tudung, Tayang Perangai Asal Semula [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh Percaya Ke?”- Netizen Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Mondy Tatoo Tentang ‘Ustaz’ [Video]

Caprice pesan kepada pemfitnah agar simpan tuduhan hingga kebenaran terbukti

Terbaharu, Caprice menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya berpesan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan-tuduhan tersebut sehingga kebenaran terbukti.

Hal ini kerana, segelintir individu menuduhnya membayar Mondy untuk mereka-reka cerita semasa temubual di dalam podcast terbabit.

“Fikir balik nak jawab apa dekat tuhan” – Caprice

Selain itu, Caprice juga meminta agar orang yang memfitnah dirinya untuk berfikir kembali apa yang harus dijawab kepada Allah SWT jika benar pendedahan itu.

“Kepada yang caci, maki dan tuduh kita bayar Mondy untuk reka cerita, Cap nak kau orang ‘screenshot’ (tangkap layar) komen-komen kau orang. Bingkai dan letak tepi ruang solat.

“Insya-Allah satu hari nanti bila mangsa-mangsa dapat keadilan, kau orang boleh baca balik komen masing-masing dan fikir balik nak jawab apa dekat Tuhan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Netizen beri pelbagai reaksi

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meminta Caprice untuk berhenti memasuk campur dalam hal tersebut.

Namun, ada juga segelintir netizen yang bersetuju serta memuji tindakan Caprice dengan membuat pendedahan mengenai isu terbabit.

sebagai rekod, Caprice sebelum ini turut mendedahkan satu video yang menurutnya adalah bukti perbualan WhatsApp antara Mondy dan staf ustaz terbabit.

Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

Dalam pada itu, media melaporkan Ebit Lew tampil membuat laporan mendakwa dirinya difitnah secara melampau.

Ebit Lew menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata laporan itu dibuat sekitar jam 12 malam tadi sebaik tiba dari Jeddah.

“Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya,” kata Ebit Lew.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

27 mins ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

40 mins ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

17 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

18 hours ago