fbpx
Now Reading
“Syurga Buatmu” – Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Dihempap Tembok Ketika Ambil Wuduk [Video]

“Syurga Buatmu” – Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Dihempap Tembok Ketika Ambil Wuduk [Video]

Kanak-kanak berkenaan awalnya sedang mengambil wuduk sebelum datang sebuah motosikal merempuh tembok hingga menyebabkan ia menghempap mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ajal atau kematian merupakan suatu perkara yang pasti akan berlaku kepada setiap makhluk di dunia ini.

Malah adakalanya sesuatu kematian yang berlaku itu adalah dalam situasi yang tidak pernah dijangka.

Kanak-kanak di Indonesia maut kena hempap tembok

Perkara ini sama seperti apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari Indonesia ini apabila maut kerana dihempap tembok dinding di sebuah masjid.

Lebih memilukan dia meninggal dunia ketika mengambil air wuduk di Masjid Raya Lubuk Minturun yang terletak di daerah Lubuk Minturutn, Kecamatan Koto Tangah, Kota Padang, Indonesia pada 18 September lalu.

Sedang ambil wuduk sebelum kena hempap

Dalam video yang dikongsikan seorang individu di Twitter, awalnya kelihatan kanak-kanak itu bersama rakannya sedang mengambil air wuduk berdekatan kawasan meletakkan kenderaan.

Tidak lama kemudian datang sebuah motosikal yang hilang kawalan lalu merempuh tembok yang berada di kawasan parkir berkenaan.

Disebabkan rempuhan itu, tembok itu kemudian telah jatuh dan menghempap kanak-kanak berkenaan manakala rakannya terselamat.

Alami kecederaan di bahagian kepala

Kanak-kanak itu kemudian dilaporkan mengalami luka dan kecederaan di bahagian kepala, lapor SuaraMerdeka.

Mangsa lalu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.

Mati dihempap dikategorikan syahid

Sebagai info mereka yang meninggal dunia dalam kejadian runtuhan dikategorikan sebagai mati syahid.

Perkara ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW di mana terdapat lima kategori bagi mati syahid iaitu:

  • Mati akibat wabak (Taun)
  • Mati kerana sakit berkaitan perut
  • Mati lemas
  • Mati dihempap runtuhan
  • Mati berperang di jalan Allah

Selain itu, kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh juga di kategorikan sebagai anak syurga.

Ibu bapa yang memiliki anak syurga ini difahamkan mempunyai kelebihan antaranya berkemampuan untuk masuk ke syurga selepas di tarik oleh anak mereka.

Melihat di ruangan komen ramai yang turut meluahkan rasa sedih dengan kejadian menimpa kanak-kanak berkenaan.

“Syurga untukmu adik, moga si pelaku dapat hukuman setimpal”

“Nampak macam masih budak-budak sekolah yang tak patut bawa motosikal”

“Al-Fatihah, anak ni disyurga. Salam takziah kepada keluarganya”

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.