fbpx
Now Reading
Hasrat Solat Berjemaah Tak Kesampaian, Kanak-Kanak Maut Ditimpa Tembok Saat Berwuduk

Hasrat Solat Berjemaah Tak Kesampaian, Kanak-Kanak Maut Ditimpa Tembok Saat Berwuduk

Keluarga Allahyarham yang terkejut dengan apa yang terjadi bagaimanapun reda dan menyifatkan ianya sebagai satu musibah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hasrat seorang kanak-kanak lelaki untuk menunaikan solat maghrib berjemaah di sebuah masjid di Jawa Timur, Indonesia tidak kesampaian apabila dia maut ditimpa tembok dinding tangki air masjid berkenaan.

Dalam kejadian pada Sabtu (5 Mac) mangsa, Moh Ibnu Husain Khuluqi yang berusia 11 tahun difahamkan sedang mengambil wuduk di Masjid Riyatus Shohibin, Blitar bersama seorang rakannya.

Namun sewaktu sedang menyempurnakan wuduknya, tembok dinding yang menempatkan tangki air di atas kepala mereka tiba-tiba runtuh lalu menghempapnya.

Insiden berkenaan menyebabkan Ibnu Hussein yang mengalami kecederaan serius di bahagian kanan kepala terus meninggal dunia di tempat kejadian.

Tembok yang runtuh Foto : Detik

Menurut Ketua Perhubungan Polis Blitar, Iptu Idiono, rakan mangsa, M Syihabuddin yang berada di posisi bertentangan bagaimanapun hanya mengalami luka ringan di bahagian kaki kerana terlindung di sebalik tiang struktur berkenaan.

“Tembok yang menampung tangki air itu secara tiba-tiba roboh sewaktu mangsa sedang mengambil wuduk.

“Menerusi keterangan pegawai masjid, mereka tidak menemui sebarang kerosakan atau keretakan pada struktur dan bahagian dinding tersebut sebelum insiden,” kata Iptu Idiono.

Polis yang melakukan siasatan mendapati ada kemungkinan struktur tangki itu dalam keadaan tidak seimbang apabila takungan air sudah penuh.

Keluarga reda dan anggap ia satu musibah

Difahamkan keluarga Allahyarham yang terkejut dengan apa yang terjadi bagaimanapun reda dan menyifatkan ianya sebagai satu musibah.

Si ayah juga dilaporkan menolak pelawaan pihak berkuasa untuk melakukan autopsi ke atas anaknya.

Tidak merancang untuk mengambil tindakan terhadap masjid

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pengurusan masjid meskipun insiden berkenaan menyebabkan dia kini kehilangan seorang anak lelaki.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.