fbpx
Now Reading
Apa Perlu Buat Jika Makmum Depan Keluar Saf? [Video]

Apa Perlu Buat Jika Makmum Depan Keluar Saf? [Video]

Ustaz Azhar Idrus sebelum ini ada berkata makruh hukumnya jika sengaja tidak merapatkan saf jemaah ketika solat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Solat berjemaah di masjid merupakan satu ibadah yang amat dituntut dalam Islam dan bertujuan bagi menegakkan syiar agama.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pandangan muktamah mazhab Syafiq menetapkan hukum solat berjemaah sebagai satu fardhu kifayah yang wajib dilaksanakan di setiap kariah.

Dalam melakukan solat berjemaah, jemaah juga dituntut agar merapatkan saf. Rasulullah SAW menganjurkan agar saf didirikan dengan kaedah ‘ilzaq‘, yakni merapatkan kaki dan bahu serta meluruskan barisan.

Rasulullah SAW bersabda:

وَسُدُّوا الْخَلَلَ

Maksudnya: “Dan tutuplah ruang-ruang kosong.”

Riwayat Abu Daud (681)

Gambar sekadar hiasan. (Foto: Pejabat Daerah dan Tanah Petaling)

Kekosongan Saf Perlu Diisi

Dalam menunaikan solat jemaah, kadangkala mungkin terdapat jemaah yang harus meninggalkan saf atas perkara yang tidak dapat dielakkan, seperti keuzuran, kecemasan atau wuduk terbatal.

Jika perkara ini berlaku, sudah tentu saf tersebut akan mempunyai kelompongan. Ustaz Azhar Idrus sebelum ini berkata hukum tidak merapatkan saf dengan sengaja adalah makruh.

Malah, ia tidak seharusnya dibiarkan kosong berdasarkan satu hadis lain diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

وَلاَ تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

Maksudnya: “Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan dirinya.”

Riwayat Abu Daud (666)

Masjid Kongsi Cara Penuhkan Saf Yang Ditinggalkan

Baru-baru ini Masjid Kg Nakhoda yang terletak di Batu Caves, Selangor telah membuat perkongsian di TikTok mengenai cara-cara mengisi saf apabila terdapat makmum yang keluar daripada saf.

“Penuhkan saf memang sunat, tapi rugi sangat kalau tak buat,” tulisnya di bahagian kapsyen video.

Menurut video dimuat naik, makmum di belakang saf lebih diutamakan ke hadapan untuk memenuhkan saf, berbanding makmum di bahagian tepi. Saf juga harus segera dipenuhkan tanpa berlengah.

Namun begitu, jika tiada makmum di belakang yang memenuhkan saf, makmum dari sebelah kanan atau kiri harus bergerak untuk merapatkan saf.

Bagaimana pula jika makmum di tepi mahu merapatkan saf pada waktu sama makmum di belakang sedang bergerak ke hadapan? Orang di belakang boleh menghalang makmum tersebut dengan menyentuh bahunya. Ini bagi mengelakkan kedua-dua mereka daripada bertembung.

Foto: @masjid.kg.nakhoda/ TikTok

Malah, apabila ada makmum ke hadapan untuk memenuhkan saf, makmum lain perlu turut mengisi ruangan kosong yang ditinggalkannya.

Hukum Bergerak Untuk Memenuhkan Saf Adalah Sunat

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah hukum bergerak untuk memenuhkan saf? Secara umumnya, umat Islam diajar bahawa pergerakan sebanyak tiga kali berturut-turut ketiga solat akan menyebabkan ibadah itu terbatal.

Namun begitu, merujuk kepada Sinar Islam Plus, terdapat juga gerakan yang disunatkan ketika solat. Ini adalah bagi melakukan perkara yang sunat ketika solat seperti meluruskan saf atau bergerak ke hadapan untuk memenuhkan saf.

Oleh itu, pergerakan yang dilakukan apabila memenuhkan saf di hadapan tidak akan membatalkan solat, malah disunatkan.

Baca Artikel Berkaitan: “Jahil & Keras Kepala” – Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf Di Masjid Raih Perhatian Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.