fbpx
Now Reading
Apa Nak Buat Kalau Imam Baca Doa Qunut Tapi Makmum Dah Tersujud? Ini Caranya [Video]

Apa Nak Buat Kalau Imam Baca Doa Qunut Tapi Makmum Dah Tersujud? Ini Caranya [Video]

Difahamkan hukum mendahului imam adalah haram, namun dimaafkan sekiranya ia berlaku secara tidak sengaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agama Islam amat menitik beratkan tentang adab dan disiplin umatnya, maka tidak hairanlah jika ada rukun serta syarat yang harus diikuti terutamanya ketika beribadah.

Sebagai contoh, dalam salah satu syarat solat berjemaah, pergerakan makmum harus mengikut semua rukun fi’il imam selepas sempurna pergerakannya.

Maka, pergerakkan bagi makmum mestilah tidak mendahului imam. Namun bagaimana pula jika situasi tersebut berlaku secara tidak sengaja? Contohnya, imam membaca doa qunut selepas bangun dari rukuk, tetapi makmum sudah terlajak ingin sujud.

Hukum makmum mendahului imam ketika solat secara sengaja adalah haram

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @masjid.kg.nakhoda, difahamkan hukum mendahului imam adalah haram, namun dimaafkan sekiranya ia berlaku secara tidak sengaja.

“Dalam satu hadis sahih Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda, bahawa Allah SWT tidak mengambil kira mana-mana perbuatan yang tersalah ataupun tidak sengaja,” jelasnya.

Maka sekiranya seorang makmum itu mendahului imam secara tidak sengaja semasa solat berjemaah, terdapat dua cara yang boleh dilakukan olehnya.

Cara yang boleh dilakukan sekiranya makmum tidak sengaja mendahului imam

Cara pertama ialah makmum perlu kekal pada kedudukannya dan tungggu sehingga imam sampai pada kedudukan tersebut.

Apabila imam sudah berada pada kedudukan tersebut, maka makmum terbabit boleh mengikuti semula imam pada pergerakkan seterusnya seperti biasa.

Cara kedua pula sekiranya tidak sengaja mendahului imam, makmum itu dibolehkan untuk berpatah balik mengikut kedudukan imam.

Untuk contoh, boleh lihat pada video di bawah ini:

@masjid.kg.nakhoda

Dekat masjid pun kena scam Masalah tak sengaja mendahului imam rujukan : Qaulutam fi ahkam makmum walimam #masjid #imam #makmum #ilmuagama

♬ original sound – Masjid Kg Nakhoda – Masjid Kg Nakhoda

Manusia memang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan, termasuklah ketika beribadah. Maka diharapkan perkongsian ini bermanfaat buat anda semua.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.