fbpx
Now Reading
Jemaah Wanita Lebih Baik Solat Di Rumah Kalau Enggan Rapatkan Saf Secara Sempurna – Bekas Mufti Pahang

Jemaah Wanita Lebih Baik Solat Di Rumah Kalau Enggan Rapatkan Saf Secara Sempurna – Bekas Mufti Pahang

Menurut Abdul Rahman, saf berkelompok sendiri seperti di dalam gambar tular itu menunjukkan saf itu tidak sempurna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman menegur agar para jemaah wanita yang enggan merapatkan saf secara sempurna sebaiknya hanya solat di rumah.

Beliau berkata demikian selepas tular gambar di sebuah masjid yang memaparkan keadaan saf wanita yang mengikuti solat tarawih berada dalam keadaan berkelompok dan tidak rapat.

Baca Artikel Berkaitan: “Jahil & Keras Kepala” – Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf Di Masjid Raih Perhatian Ramai

Jelas saf dalam gambar adalah saf tidak sempurna

Menurutnya, saf berkelompok sendiri seperti di dalam gambar tular itu menunjukkan saf itu tidak sempurna.

Jelasnya lagi, saf yang sempurna ialah saf yang lurus penuh, tidak ada kelompok dan tidak ada renggang jarak antara satu dengan yang lain.

“Mesti rapat, itu saf yang diajar oleh Rasulullah SAW. Tujuannya ialah supaya kita bersatu hati, sebab itu antara saf seorang dengan seorang yang lain adalah rapat supaya terasa kemesraan itu antara satu sama lain,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurutnya lagi, ketika bulan yang mulia ini ramai umat Islam tanpa mengira jantina akan ke masjid atau surau untuk menjalani ibadah solat tarawih.

Tiada hikmah solat berjemaah di masjid jika saf berkelompok

Ujar Abdul Rahman yang baru bersara pada awal tahun ini, solat tarawih sunat untuk berjemaah dan jika berkelompok ia tidak mengambil hikmah tujuan berjemaah untuk rapat, mesra, mengenali antara satu dengan yang lain bukan saja waktu bersolat malah selepas melakukan ibadah.

“Saf dalam solat itu tujuannya bagi kita menjalinkan ukhwah. Sebab itu orang yang tidak mahu rapat seperti kita lihat, dia ada masalah hati,” katanya lagi.

Turutan saf dalam masjid

Beliau berkata, antara kesempurnaan saf solat jemaah ialah turutan lelaki di hadapan, saf kanak-kanak di tengah dan diikuti saf wanita di bahagian paling belakang.

“Rasulullah SAW bersabda bahawa sebaik-baik saf bagi lelaki di hadapan dan sebaik-baik saf bagi perempuan adalah paling belakang sekali dan di tengah-tengahnya ada kanak-kanak.

“Tujuan hikmahnya kanak-kanak boleh diperhatikan oleh ibunya di belakang. Kalau betul kita ikut sistem begitu, mungkin kanak-kanak terkawal dan tidak mengganggu. Mereka tidak bermain-main kerana diperhatikan oleh saf ibu di belakang,” ujarnya.

Harap kelebihan solat tarawih dapat tarik minat orang solat di masjid sampai bila-bila

Berkongsi lanjut, beliau berharap agar kelebihan solat tarawih dapat menarik minat individu yang sebelum ini jarang solat berjemaah di masjid dan berkekalan meskipun bukan pada bulan Ramadan.

“Itu tujuan atau hikmah mengenai solat berjemaah. Dapat mengenali antara satu sama lain sebagaimana Rasulullah SAW bahawa Baginda kenal dan mengambil tahu semua ahli jemaah yang solat di masjid pada zaman baginda,” katanya.

Rumah tempat tebaik untuk wanita bersolat

Memetik Pejabat Mufti Wilayah rumah adalah tempat terbaik bagi wanita untuk bersolat. Akan tetapi tidak menjadi kesalahan untuk mereka menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Pihaknya turut berpandangan bahawa sunat dan digalakkan bagi seseorang wanita atau isteri itu menunaikan solat di masjid atau surau. Namun begitu, perlu diingatkan terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh wanita atau isteri tersebut. Antaranya adalah;

  • Mendapat keizinan suami;
  • Menjaga aurat, tidak berhias-hias (tabarruj) dan memelihara pandangan;
  • Tidak memakai wangi-wangian;
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan serta segera pulang ke rumah setelah selesai solat.

Baca peneranagan ebih lanjut di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.