MARALiner Mohon Maaf, Pemandu Bas Dikenakan Tindakan Selepas Tinggalkan Penumpang

Semalam (21 September), tular di media sosial insiden seorang penumpang bas ditinggalkan oleh pemandu hanya kerana lewat seminit.

Menerusi video yang tular di TikTok, kejadian dipercayai berlaku di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaktu bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke Melaka.

Ketika kejadian, kelihatan seorang lelaki dilihat mengejar dan cuba menahan kenderaan itu dengan tangan malah memanggil pemandu bas namun tidak diendahkan.

Lebih mengejutkan, pemilik video mendakwa penumpang berkenaan mengejar bas menaiki motosikal sehingga ke Kuala Ibai, Terengganu namun panggilannya tidak dihiraukan pemandu berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Pemandu Ikut Perasaan” -Penumpang Bas Ditinggalkan Hanya Kerana Lewat Seminit [Video]

MARALiner Mohon Maaf Kepada Penumpang

Terbaharu, semalam (21 September), syarikat bas ekspres swasta MARALiner Sdn Bhd (MLSB) tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden itu.

Menerusi hantaran terbaharu pihak syarikat di akaun Instagram @MARALiner, syarikat berkenaan kesal dengan apa yang dihadapi oleh penumpang lelaki itu.

Malah, mereka dikatakan telah menghubungi penumpang berkenaan pada 20 September atas tujuan memohon maaf.

“Pengurusan MARALiner kesal di atas insiden yang telah berlaku kepada penumpang bas ekspres MARALiner Kuala Terengganu – Melaka tempoh hari.

“Kami telah menghubungi penumpang terbabit pada 20 September bagi menzahirkan permohonan maaf dan rasa kesal,” tulis syarikat berkenaan menerusi kenyataan itu.

MARALiner Lakukan Siasatan Dalaman, Pemandu Bas Diambil Tindakan

Menerusi hantaran tersebut, siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan telah dilakukan selepas kejadian.

“Siasatan dalaman juga telah dimulakan sejurus aduan diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terbabit telah diambil,” tulis kenyataan itu.

Ekoran daripada insiden ini, MLSB memberi jaminan bahawa perkara yang sama tidak akan berulang dan menzahirkan permohonan maaf sekali lagi kepada pengguna terlibat.

“MARALiner memohon maaf kepada semua dan berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

“MLSB komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang,” tulis syarikat di ruangan kapsyen.

Terdahulu, menerusi video yang tular di TikTok itu nyata mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.

Bagi mereka, pemandu bas berkenaan disifatkan sebagai tidak bertimbang rasa kerana hanya membiarkan penumpang berkenaan mengejar kenderaan itu dan terus berlalu pergi.

Malah, ada juga segelintir pelanggan yang pernah menggunakan khidmat syarikat bas berkenaan turut berkongsikan pengalaman yang sama berhadapan dengan perkhidmatan yang tidak memuaskan serta sikap sesetengah pemandu syarikat itu yang didakwa tidak mesra pelanggan.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

7 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

7 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

9 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

9 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

11 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

11 hours ago