fbpx
Now Reading
“Pemandu Ikut Perasaan” -Penumpang Bas Ditinggalkan Hanya Kerana Lewat Seminit [Video]

“Pemandu Ikut Perasaan” -Penumpang Bas Ditinggalkan Hanya Kerana Lewat Seminit [Video]

Penumpang lelaki berkenaan dilihat cuba menahan kenderaan itu menggunakan tangan dan cuba memanggil pemandu bas namun tidak diendahkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak semua namun segelintir individu lebih senang menggunakan pengangkutan awam seperti bas berbanding menggunakan kenderaan sendiri jika perlu berjalan jauh.

Antara faktor utama yang menyebabkan bas menjadi pilihan individu lebih untuk perjalanan yang jauh adalah dapat berjimat dari segi wang ringgit.

Malah, mereka tidak perlu memandu terlalu lama hingga menyebabkan kepenatan dan boleh berehat sepanjang tempoh perjalanan itu.

Namun, pemilihan bas sebagai satu pengangkutan ke destinasi kadang-kala boleh menyusahkan pengguna.

Lazimnya, ada segelintir pengusaha syarikat bas ekspres swasta tidak mengikut waktu yang ditetapkan hingga kelewatan itu boleh mencecah berjam lamanya.

Ada juga pengguna yang terpaksa menghadapi kerenah segelintir pemandu bas yang tidak bertimbang rasa kepada penumpang.

Ditinggal Bas Hanya Kerana Lewat Seminit

Itulah yang terjadi kepada seorang penumpang bas ekspres swasta apabila dia dilihat ditinggalkan oleh pemandu bas.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @tharissadli, kelihatan seorang lelaki mengejar bas berkenaan yang baru sahaja bergerak.

Dia dilihat cuba menahan kenderaan itu menggunakan tangan dan memanggil pemandu bas namun tidak diendahkan.

Difahamkan, insiden itu terjadi di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ketika bas itu sedang menuju ke Melaka.

Memetik Sinar Harian, bas dijadualkan bergerak ke Melaka dari MBKT pada jam 9 malam. Pemandu bas berkenaan telah menutup pintu bas seminit selepas itu.

“Kesian orang, pemandu tinggal penumpang sedangkan boleh je berhenti,” tulis pemilik video berkenaan.

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian daripada warganet. Rata-rata daripada mereka mengecam tindakan pemandu bas tersebut yang dilihat tidak bertimbang rasa.

Malah, mereka juga bersimpati dan merasakan penumpang lelaki itu tidak patut diperlakukan sedemikian kerana hanya lambat seminit.

Ada juga segelintir yang berkongsikan pengalaman sama berhadapan dengan sikap pemandu bas yang mementingkan diri dan emosi ketika menjalankan tugas.

Namun, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman mendapat pemandu bas yang baik hati dan memahami penumpang.

Pernah Jadi Macam Ini, Aku Duduk Dalam Bas, Aku Jerit Dekat Driver Suruh Berhenti

Sedih Rasa, Manala Pergi Simpati Dalam Diri

Pemandu Ikut Perasaan, Mungkin Dia Nak Tunjuk Marah Dia Sebab Lama Tunggu Penumpang

Sepanjang Aku Naik Bas, Sebelum Aku Gerak Pergi Mana-Mana, Mesti Driver Kira Dulu

Baca Artikel Berkaitan: Rapid Bus Mohon Maaf, Sedang Siasat Dakwaan Pemandu Bas Tutup Pintu Selepas Dikejar Penumpang

Baca Artikel Berkaitan: “Niat Saya Ikhlas Kerana Allah” – Pemandu Bas Baik Hati Kendong Pakcik Tak Boleh Jalan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.