JPJ Buat Laporan Polis Selepas Wanita Dakwa Orang Ramai Boleh Disaman Jika Tak Pamer Cukai Jalan Fizikal

Sejak semalam (21 Sept) kecoh di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook yang mendakwa mendapat maklumat bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyaman mana-mana individu yang tidak mempamerkan cukai jalan secara fizikal.

Missa James Novelis menerusi satu hantaran di Facebook mendakwa dia mendapat perkhabaran itu selepas pulang dari pejabat JPJ.

“Siapa kata sekarang tak perlu cukai jalan fizikal. Semua itu bohong semata. Saya baru balik dari JPJ tanya hal sebenar.

“Cukai jalan fizikal masih diperlukan ya. Sesiapa yang dah bayar insurans dan cukai jalan di pejabat pos sila ke kiosk di JPJ untuk cetak, ia percuma,” dakwa wanita tersebut.

Turut dakwa cukai jalan digital ‘tak laku’

Tambah wanita itu lagi, saman juga akan dikenakan terhadap pengguna jalan yang hanya mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) digital menerusi aplikasi MyJPJ yang kini digunakan secara meluas oleh pengguna jalan raya di Malaysia.

Perkongsian itu yang tular dan sohor di TikTok kemudiannya mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ianya disifatkan tidak selari dengan maklumat yang diumumkan kerajaan dan boleh disifatkan sebagai mengelirukan.

JPJ buat laporan polis kerana ianya mengelirukan

Terbaharu, JPJ memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

JPJ dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook berkata, laporan itu dibuat memandangkan hantaran yang dimuat naik wanita itu adalah mengelirukan.

“JPJ ingin menjelaskan bahawa kenyataan dalam hantaran tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

“Laporan polis telah dibuat supaya siasatan dapat dibuat terhadap pemilik akaun tersebut bagi mengelakkan perkongsian kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan pada masa hadapan.”

Tambah kenyataan itu lagi, JPJ sedang dalam fasa interim pelaksanaan pendigitalan LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sepertimana yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada 10 Februari 2023.

“Pemilik kenderaan dan pemandu yang telah bersedia digalakkan untuk beralih dari dokumen berbentuk fizikal kepada dokumen berbentuk digital. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh interim ini, pemilik kenderaan dan pemandu masih diberi pilihan sama ada untuk menggunakan LKM atau LMM dalam bentuk digital atau terus kekal menggunakan dokumen berbentuk fizikal.

“Sehubungan itu, orang ramai yang memilih menggunakan dokumen digital tidak perlu bimbang sekiranya ditahan oleh pihak agensi penguat kuasa untuk pemeriksaan. Pihak penguat kuasa yang terlibat termasuklah PDRM telah dimaklumkan mengenai perkara ini,” kata JPJ.

Tak pasti jangan kongsi

JPJ dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat hantaran atau berkongsi kandungan media sosial yang boleh mengelirukan banyak pihak.

“Orang ramai juga digalakkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang diperolehi untuk memastikan maklumat tersebut benar serta sahih melalui portal atau media sosial rasmi JPJ.”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

9 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

10 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

10 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

11 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

12 hours ago