Setiap individu pasti sanggup melakukan apa sahaja buat orang tersayang. Kerana cinta dan kasih yang mendalam, seseorang itu sanggup berkorban harta benda dan wang ringgit semata-mata mahu melihat insan yang disayangi hidup bahagia.
Tidak semua orang di dunia ini sanggup melihat individu yang kita cintai derita dan berada dalam kesakitan.
Namun, siapalah kita yang hendak menidakkan takdir Tuhan sekiranya manusia diuji dengan dugaan seperti pasangan menghidapi penyakit yang serius.
Apa yang mampu dilakukan hanyalah memberi sokongan dan dorongan yang positif untuk mengembalikan semangat insan yang tersayang.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang suami sebagai tanda sokongan kepada isteri tercinta. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @japan_clothing.co, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Erol Azis sedang mencukur kepala isterinya.
Difahamkan, isteri pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Puan Liza menghidapi penyakit kanser ovari tahap satu.
Pada mulanya, kelihatan Erol mencukur rambut isterinya sendiri sambil menenangkan wanita itu yang sedang menangis.
Namun, apa yang mengejutkan dan menyentuh hati ramai pihak adalah tindakan lelaki itu yang turut mencukur kepalanya sendiri.
Perbuatan Erol nyata mengejutkan isterinya sehingga menyebabkan mereka berdua menangis kesedihan. Malah, dia dilihat berulang kali memeluk dan mengucup dahi isterinya.
Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.6 juta itu nyata mengundang sebak dalam kalangan diri warganet yang melihat.
Rata-rata daripada mereka turut sedih dan mendoakan agar pasangan itu kuat dalam menghadapi dugaan serta dipermudahkan urusan.
Ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama menghidap penyakit kanser atau mempunyai pasangan yang menghidapi penyakit itu.
Untuk info, kanser ovari berlaku disebabkan oleh pertumbuhan abnormal sel yang bermula di ovari. Punca sebenar penyakit ini masih tidak jelas namun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk menghidapi penyakit ini. Antaranya adalah:
Pada tahap awalnya, simptom kanser ini sukar dikesan namun individu boleh mengesannya dengan lebih awal jika mempunyai beberapa tanda seperti berikut;
Baca Artikel Berkaitan: Kerana Cinta, Lelaki Sanggup Derma Buah Pinggang Buat Isteri Tersayang
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Nekad Kahwini Semula Bekas Isteri Lepas Tahu Wanita Itu Sakit Tenat
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…