fbpx
Now Reading
Tanda Sokongan Isteri Hidap Kanser, Suami Sama-Sama Cukur Kepala Buat Ramai Sedih [Video]

Tanda Sokongan Isteri Hidap Kanser, Suami Sama-Sama Cukur Kepala Buat Ramai Sedih [Video]

Pada mulanya, kelihatan Erol mencukur rambut isterinya sendiri sambil menenangkan wanita itu yang menangis kesedihan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu pasti sanggup melakukan apa sahaja buat orang tersayang. Kerana cinta dan kasih yang mendalam, seseorang itu sanggup berkorban harta benda dan wang ringgit semata-mata mahu melihat insan yang disayangi hidup bahagia.

Tidak semua orang di dunia ini sanggup melihat individu yang kita cintai derita dan berada dalam kesakitan.

Namun, siapalah kita yang hendak menidakkan takdir Tuhan sekiranya manusia diuji dengan dugaan seperti pasangan menghidapi penyakit yang serius.

Apa yang mampu dilakukan hanyalah memberi sokongan dan dorongan yang positif untuk mengembalikan semangat insan yang tersayang.

Sama-Sama Botakkan Kepala Sebagai Tanda Sokongan Kepada Isteri Tercinta

Begitulah yang dilakukan oleh seorang suami sebagai tanda sokongan kepada isteri tercinta. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @japan_clothing.co, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Erol Azis sedang mencukur kepala isterinya.

Difahamkan, isteri pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Puan Liza menghidapi penyakit kanser ovari tahap satu.

Pada mulanya, kelihatan Erol mencukur rambut isterinya sendiri sambil menenangkan wanita itu yang sedang menangis.

Namun, apa yang mengejutkan dan menyentuh hati ramai pihak adalah tindakan lelaki itu yang turut mencukur kepalanya sendiri.

Perbuatan Erol nyata mengejutkan isterinya sehingga menyebabkan mereka berdua menangis kesedihan. Malah, dia dilihat berulang kali memeluk dan mengucup dahi isterinya.

Warganet Turut Sedih

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.6 juta itu nyata mengundang sebak dalam kalangan diri warganet yang melihat.

Rata-rata daripada mereka turut sedih dan mendoakan agar pasangan itu kuat dalam menghadapi dugaan serta dipermudahkan urusan.

Ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama menghidap penyakit kanser atau mempunyai pasangan yang menghidapi penyakit itu.

Aku Meraung Time Laki Dia Start Botakkan Kepala

Alaa Bab Suami Botakkan Sekali Rambut Sendiri, Berkaca Mata

Kenapa Dengan Aku Sekali Menangis Ni

Aku Doakan Semua Cancer Fighter Dipermudahkan Urusan

Allah Sayang Kita, Allah Pilih Kita, Allah Tahu Kita Mampu

Saya Cancer Fighter Dah Lebih 15 Tahun, Semoga Rakan-Rakan Fighter Terus Kuat

Apa Itu Kanser Ovari?

Untuk info, kanser ovari berlaku disebabkan oleh pertumbuhan abnormal sel yang bermula di ovari. Punca sebenar penyakit ini masih tidak jelas namun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk menghidapi penyakit ini. Antaranya adalah:

  • Umur lebih tua: 40 tahun ke atas
  • Sejarah keluarga kanser ovari
  • Sejarah peribadi kanser payudara
  • Mutasi genetik seperti BRCA1, BRCA2 atau yang dikaitkan dengan sindrom Lynch
  • Endometriosis
  • Penggunaan terapi penggantian hormon (HRT)
  • Menarche awal atau menopaus lewat
  • Merokok
  • Obesiti

Pada tahap awalnya, simptom kanser ini sukar dikesan namun individu boleh mengesannya dengan lebih awal jika mempunyai beberapa tanda seperti berikut;

  • Perut kembung atau kenyang
  • Sakit bahagian bawah perut atau belakang
  • Hilang selera makan
  • Hilang berat badan tanpa sebab
  • Pendarahan faraj (selepas menopaus)
  • Keputihan yang tidak normal
  • Keperluan mendesak atau kerap untuk membuang air kecil
  • Perubahan dalam tabiat buang air besar (sembelit atau cirit-birit)
  • Kelesuan
  • Loya
  • Muntah

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Cinta, Lelaki Sanggup Derma Buah Pinggang Buat Isteri Tersayang

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Nekad Kahwini Semula Bekas Isteri Lepas Tahu Wanita Itu Sakit Tenat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.