fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi Momen Terakhir Bersama Anak Sebelum Si Kecil Pergi Selama-Lamanya [Video]

Wanita Kongsi Momen Terakhir Bersama Anak Sebelum Si Kecil Pergi Selama-Lamanya [Video]

Dia berkongsi saat terakhir bersama anak perempuannya yang dikenali sebagai Lily sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia akibat penyakit leukemia yang dihidapi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam dunia ini, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak terutamanya anak sulung yang menjadi penyeri pertama dalam kehidupan berumah tangga. Namun, sebagai manusia, siapalah kita untuk menolak takdir Allah.

Apabila tuhan menguji kita dengan ujian seperti anak sakit, sebagai ibu bapa, sudah semestinya wujud perasaan risau dan mahu menanggung sakit yang dialami oleh si manja.

Malah, pastinya kita akan mencari rawatan yang terbaik bagi memastikan penyakit dapat disembuhkan.

Namun, sekiranya penyakit itu sukar dirawati, maka kita perlu reda dan mengikut sahaja aturan yang telah ditetapkan Maha Esa serta membahagiakan mereka hingga hujung usia.

Suami Isteri Cuba Penuhi Permintaan Anak

Begitulah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri apabila mengetahui anak sulung mereka bakal pergi buat selama-lamanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @bondameghad, dia berkongsi saat terakhir bersama anak perempuannya yang dikenali sebagai Lily sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia akibat penyakit leukemia yang dihidapi.

“Di hari terakhir sebelum Lily pergi buat selamanya, Lily banyak bercakap. Bonda happy dalam masa yang sama sebak dengan setiap kata Lily.

“Naluri bonda tahu Lily akan pergi, tapi bonda dan abi cuba raikan setiap permintaan walaupun dada rasa ketat dan pedih,” tulisnya di video berkenaan.

Menerusi video yang telah mendapat lebih 80 ribu tontonan itu, kelihatan Lily meniup lilin dan gembira meraikan hari jadinya yang keempat tahun.

@bondameghad

Replying to @Ellanee Lily memang sangat kuat.. Doktor pakar beri masa 2 hari sahaja untuk jantung Lily berhenti selepas dibawa pulang ke rumah.. Tapi Lily bertahan sehingga 18 hari walaupun bleeding teruk.. Semua ni kuasa Allah.. Bonda & abi betul-betul bersyukur dapat tunaikan semua hasrat & keinginan Lily yang terakhir.. #bondameghad #Lilylittlefighter #leukemia #bloodcancerfighter💪 #kanserdarah #cancerfighter #alleukemia

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Ibu Bapa Sifatkan Lily Anak Yang Kuat, Doktor Hanya Beri Masa Dua Hari Sebelum Jantung Terhenti

Menurut ibunya, Lily disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang kuat. Malah, dia berasa bersyukur dengan izin Allah kesemua hasrat dan permintaan anaknya itu dapat ditunaikan sebelum anaknya pergi meninggalkan dia dan suami pada 17 Ogos yang lalu.

“Lily sangat kuat. Doktor pakar beri masa dua hari sahaja untuk jantung Lily berhenti selepas di bawa pulang ke rumah.

“Tapi Lily bertahan sehingga 18 hari walaupun bleeding teruk. Semua ini kuasa Allah,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Kisah Lily nyata mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak comel itu.

Malah, ada juga yang memohon agar ibu bapa Lily tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian yang besar sebegini.

Untuk info, kanak-kanak itu menghidap penyakit Leukemia yang merupakan sejenis kanser akibat lebihan sel darah putih. Menurut ibunya, Lily sempat menjalani rawatan kimoterapi sebanyak dua kali bagi merawat penyakit kanser yang dihadapi.

Namun, ekoran daripada rawatan tersebut, anak syurga terbabit mengalami kesan sampingan iaitu ulser pada organ dalaman seperti hati dan usus sehingga berlaku kebocoran teruk. Malah, Lily juga turut mengalami kesan komplikasi yang lain.

Ini menyebabkan kanak-kanak itu trauma dan pasangan itu mengambil keputusan untuk membawa anak mereka pulang ke rumah bagi menghabiskan hari-hari terakhirnya.

Air Mata Saya Tak Berhenti Lepas Tengok Video Ini, Anak Syurga

Ya Allah, Kesakitan Itu Menusuk Hati Saya Juga, Syurga Buatmu Sayang

Penghuni Syurga Yang Akan Tarik Tangan Kedua Ibu Bapanya

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.