fbpx
Now Reading
Impian Kanak-Kanak Hidap Leukemia Mahu Jadi Pegawai Polis Jadi Kenyataan

Impian Kanak-Kanak Hidap Leukemia Mahu Jadi Pegawai Polis Jadi Kenyataan

Menurut pihak PDRM Batu Gajah, adik Wirdas turut dibawa menaiki kenderaan MPV selain memakai baju unfirom lengkap seperti polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kanak-kanak pasti mempunyai cita-cita sendiri di dalam bidang kerjaya apabila sudah besar kelak.

Malah sebagai ibu bapa dan orang dewasa kita sudah tentu akan memberikan galakan untuk menyokong minat si kecil agar mereka tidak berputus asa untuk menggapai setiap impian yang dicita-citakan.

Pesakit Leukemia capai impian untuk jadi anggota polis

Perkara ini samalah seperti seorang kanak-kanak penghidap penyakit leukemia yang mempunyai impian untuk menjadi seorang pegawai polis.

Lebih mengharukan apabila hasratnya itu akhirnya dikotakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dia yang dikenali sebagai Muhamad Wirdas Hafiy, 10, menghidap penyakit leukemia sejak beberapa bulan lepas berasa sangat gembira serta memanjat kesyukuran apabila berpeluang menaiki kenderaan PDRM iaitu kereta MPV Ibu Pejabat Daerah Batu Gajah, Perak bersama keluarganya.

Siap bawa jalan naik MPV ronda sekitar kawasan Batu Gajah

Perkara gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Balai Polis Daerah Batu Gajah menerusi satu hantaran di di Facebook dan menyatakan kehadiran adik Wirdas itu adalah dengan kerjasama dengan Organisasi Make-A- Wish Malaysia.

“Program ini mendapat kerjasama dengan Organisasi Make-A-Wish Malaysia. Objektifnya adalah untuk menunaikan impian insan-insan yang terpilih dalam program impian anak istimewa ini.

“Terdahulu, adik Wirdas dibawa menaiki kereta MPV meronda di sekitar kawasan Batu Gajah dan singgah di sekolah SK Sultan Yusuf iaitu tempatnya bersekolah,” katanya.

Kelihatan si kecil turut memakai pakaian lengkap beruniform

Menerusi hantaran tersebut, pihak polis turut berkongsi beberapa aktiviti adik Wirdas ketika program berlangsung. Malah kelihatan dia memakai uniform PDRM lengkap persis seperti seorang pegawai polis.

Apa yang lebih menarik kelihatan para pegawai polis begitu mesra melayannya selain memberinya pengalaman sebenar menjadi seperti polis.

“Seluruh warga PDRM mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat adik Muhamad Wirdas Hafiy dan semoga pengalaman menaiki kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan merasai menjadi pegawai polis hari ini akan menjadi satu kenangan berharga buat adik.”

Semakan kami mendapati hantaran tersebut bagaimanapun telah dimuat naik pada 6 Jun lalu, namun ia menjadi tular pada baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan PDRM Batu Gajah selain turut mendoakan si kecil itu untuk terus sihat.

“Alhamdulillah, terima kasih polis IPD Batu Gajah kerana menyantuni adik Wirdas Hafiy”

“Terbaik PDRM Batu Gajah. Semoga adik ini kembali sembuh dari penyakit beliau. Amin”

“Alhamdulillah meraikan anak syurga ini. Tahniah IPD Batu Gajah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.