fbpx
Now Reading
Pengantin Lelaki Tular Bersanding Atas Katil ‘Stretcher’ Meninggal Dunia, Isteri Mohon Doakan Arwah Suami [Video]
pengantin lelaki barah otot meninggal dunia

Pengantin Lelaki Tular Bersanding Atas Katil ‘Stretcher’ Meninggal Dunia, Isteri Mohon Doakan Arwah Suami [Video]

Berita pemergian suami tercinta itu dimaklumkan oleh isterinya, Siti Marha menerusi satu video di TikTok yang minta orang ramai mendoakan suaminya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada November lalu, tular kisah berkenaan pasangan pengantin yang bersanding di atas pelamin meskipun si suami terpaksa berada dalam keadaan berbaring kerana sakit.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian orang ramai yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina oleh mereka berkekalan hingga ke syurga.

Suami meninggal dunia kerana barah otot tahap empat

Namun kurang dari sebulan menjalani bahtera perkahwinan, Siti Marha Azuar diuji dengan pemergian suami tercinta, Mohd Hashmi Ariffin disebabkan kanser otot (Leiomyosarcoma) tahap empat, semalam (7 Disember).

Berita sedih itu telah dikongsikan olehnya menerusi satu muat naik video di TikTok yang meminta orang ramai untuk mendoakan ketenangan arwah suaminya.

Tunjuk saat akhir perjalanan suami sebelum dikebumikan

Menerusi video tersebut, Siti Marha turut menunjukan saat-saat akhir keranda suaminya diangkat oleh sekumpulan lelaki untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.

“Semoga khusnul khotimah, rohnya dicucuri rahmat dan magfirah dan amalannya diterima,” tulis wanita itu.

@marhashmi121122

Mohon doakan suami saya Mohd Hashmi bin Arifin 😭🤲 #marhashmi

♬ Saat Terakhir – ST12

Memetik laporan mStar, jenazah Mohd Hashmi telah dikebumikan di Tanah Perkuburan di Kapar, Klang, Selangor.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 12 November lalu dan majlis resepsi mereka telah diadakan di Iman Iris Grand Hall di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan takziah kepada Siti Marha dan mendoakan agar roh suaminya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

‘Al-fatihah buat arwah semoga amal ibadahnya diterima Allah SWT’

‘Allhuakbar akak selalu ikuti perkembangan suami adik’

‘Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin.. moga berjumpa di syurga..’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.