Berang Keluarga Tak Restu Hubungan, Wanita Campak Tanah Liat Pada Pengantin

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan majlis perkahwinan yang sempurna dan dihadiri oleh sahabat handai, ahli keluarga serta ramai lagi.

Yelah, kata orang kahwin sekali seumur hidup jadi pasti kita inginkan ia sesuatu yang terbaik dan diingati sehingga ke akhir hayat.

Namun siapa sangka majlis perkahwinan yang dirancang sepasang kekasih akhirnya berakhir dengan detik yang memalukan.

Pengantin perempuan kena campak tanah liat ketika majlis perkahwinan

Menurut laporan, pengantin perempuan di Vietnam ini telah dicampak tanah liat sewaktu majlis berlangsung.

Insiden berlaku di daerah Takhah, wilayah Ha Tinh, Vietnam dan si pelaku adalah bekas kekasih kepada pengantin lelaki.

Insiden itu kemudian menjadi sohor di media sosial negara berkenaan apabila kelihatan pengantin perempuan yang sedang bersiap sedia untuk berjalan ke persandingannya secara tiba-tiba diselaputi tanah liat.

Wanita ceroboh semasa pengantin berarak untuk masuk ke majlis

Menurut The Thaiger dalam video yang tular itu, kelihatan pengantin lelaki dan perempuan dilihat berarak untuk masuk ke dalam majlis sebelum ia diganggu oleh wanita berkenaan.

Dia kemudian telah menceroboh masuk serta bertindak membaling tanah liat ke arah pasangan pengantin terbabit.

Larikan diri lepas lempar tanah liat pada pengantin perempuan

Wanita itu kemudian telah bertindak melarikan diri dari majlis berkenaan selepas menyebabkan wajah dan baju pengantin perempuan dipenuhi dengan tanah liat.

Orang ramai yang berada di sekitar mereka segera membantu untuk membersihkan pengantin perempuan.

Pengerusi jawatankuasa komuniti tempatan iait Chen Ba Huan mendedahkan wanita yang membaling tanah liat itu merupakan bekas kekasih pengantin lelaki.

Keluarga tak restu hubungan walau pasangan sudah miliki seorang anak

Foto: Via Thaiger

Mereka sebelum ini telah menjalinkan percintaan serta memiliki seorang anak hasil daripada hubungan itu.

Namun keluarga pihak lelaki tidak merestuinya selain turut menentang dan tidak membenarkan pasangan terbabit berkahwin.

Perkara itu telah menyebabkan bekas kekasihnya marah dan kemudian bertindak untuk mengganggu majlis terbabit.

Selain itu, Chen memaklumkan pengantin perempuan itu turut diganggu oleh saudara mara wanita berkenaan sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Susulan itu, polis kini menjalankan siasatan berhubung insiden terbabit.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

9 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

10 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

10 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

11 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

12 hours ago