Wanita Di Perancis Ditahan Polis Hanya Kerana Ucap Assalamualaikum

Unsur Islamofobia di luar negara antaranya di Perancis sebelum ini terserlah apabila kerajaan mereka mengharamkan pemakaian abaya di negara tersebut.

Dalam satu kes terbaharu yang berlaku, seorang wanita warga Perancis telah ditahan hanya kerana mengucap salam.

Memetik laporan dari Middle East Monitor, wanita Muslim itu dikatakan telah menyapa sekumpulan pekerja di sebuah bangunan dengan ungkapan ‘Assalamualaikum’.

Namun, ucapan salam tersebut telah didengari oleh seorang wanita yang dipercayai jiran kepada warga Muslim berkenaan.

Jiran Buat Laporan Polis Selepas Terdengar Wanita Perancis Ucap ‘Assalamualaikum’

Si jiran kemudian bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis hingga menyebabkan wanita Muslim tersebut ditahan pada manggu lalu.

Namun, dia hanya ditahan sementara waktu sebelum dibebaskan tidak lama selepas itu.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Anadolu Ajansi)

Menurut pihak berkuasa tersebut, perkara ini mungkin berpunca daripada situasi semasa yang sedang berlaku di Palestin apabila banyak berita tentang pengeboman kejam berlaku melibatkan pihak Palestin dan Israel.

Laporan penahanan wanita beragama Islam itu disahkan oleh seorang wartawan Perancis bernama Widad Ketfi. Menurut peguam kepada mangsa, Nabil Boudi dalam ciapan di laman X (Twitter) menyatakan bahawa anak guamnya mahu memfailkan aduan kerana difitnah.

Hasil semakan kami, ciapan yang dimaksudkan tidak ditemui namun, Nabil ada mengulang siar (repost) satu ciapan berita yang dikongsikan oleh sebuah media tempatan, Cerfia.

Perkara ini sememangnya mencuri perhatian memandangkan perkataan Assalamualaikum begitu terkenal kerana digunakan oleh Muslim di seluruh dunia sejak dahulu lagi untuk menyapa Muslim yang lain.

Bahkan perkataan Arab tersebut tidak membawa maksud buruk sebaliknya satu ‘doa’ indah buat orang yang disapa iaitu membawa maksud ‘Selamat sejahtera kepada kamu semua’.

Selain itu memberi salam juga dijanjikan ganjara pahala 30 kali ganda berbanding ucapan yang lain.

Kenyataan asal
Kenyataan yang telah kami terjemahkan

Perancis Larang Wanita Muslim Di Perancis Pakai Jubah

Pada 27 Ogos lalu, kerajaan Perancis telah mengharamkan pemakaian abaya bagi umat Islam di sana termasuk murid-murid sekolah bermula penggal persekolahan baharu pada 4 September.

Lebih 300 gadis yang hadir dengan berbaju abaya diminta untuk menukar pakaian jika mahu memasuki premis sekolah.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Anadolu Ajansi)

Namun sebulan selepas pengharaman itu, Perancis telah dilanda serangan wabak pepijat (bedbugs) yang dipercayai memenuhi seluruh kawasan termasuklah tempat duduk di dalam pengangkutan awam, katil, perabot dan sebagainya.

Ada juga netizen yang membuat dakwaan dengan mengaitkan serangan pepijat ini dengan keputusan kerajaan Perancis yang mengharamkan pemakaian abaya bagi umat Islam.

Artikel Berkaitan: Larangan Pemakaian Abaya Di Perancis Dikaitkan Dengan Serangan Wabak Pepijat (Bedbugs)

Artikel Berkaitan: French Bans Abaya In State Schools – But Why?

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

24 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago