Kes Tampar Rakan Gara-Gara Muat Naik Gambar Di TikTok, Dua Pelajar Sudah Berdamai

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang pelajar sekolah menengah telah menampar rakan sekelasnya.

Tindakan itu dilakukan oleh pelajar perempuan berkenaan selepas mendakwa rakan itu telah memuat naik gambarnya di TikTok tanpa kebenaran.

Dalam satu lagi video, turut kelihatan pelajar berkenaan berjumpa dengan ibu mangsa dan menjelaskan tindakannya serta memohon maaf.

Malah dia turut mengaku tidak dapat mengawal emosi serta bersetuju jika ibu mangsa ingin berjumpa dengan orang tuanya.

Mangsa buat laporan polis insiden ditampar rakan

Pada 21 Oktober lalu, mangsa yang ditampar oleh pelajar perempuan berkenaan kemudian telah bertindak membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

Hasil siasatan polis kemudian mendapati pelajar perempuan itu telah menampar mangsa sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa gambarnya berada dalam telefon mangsa.

Selain mangsa, pelaku turut membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit untuk melindungi dirinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kedua-dua pelajar ambil pendekatan untuk berdamai

Terbaharu untuk tidak memanjangkan lagi isu, kedua-dua pelajar berkenaan akhirnya mengambil pendekatan untuk berbaik antara satu sama lain.

Memetik Kosmo, perkara itu turut disahkan oleh bapa saudara pelaku, Mohammad Amin Aiman ketika dihubungi pihak syarikat akhbar terbabit pada petang, semalam (25 Oktober).

Menurutnya kes membabitkan dua pelajar itu telah diselesaikan dengan cara baik selain laporan polis turut ditarik.

Dah buat permohonan maaf secara terbuka

“Kes dah diselesaikan cara baik. Kedua-dua pihak sudah tarik balik laporan polis dan berdamai.

“Kedua-dua pihak telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Bagi pihak saya pula, sudah cukup permohonan maaf yang telah dilakukan oleh anak saudara saya pada hari Jumaat ketika di rumahnya,” katanya.

Menerusi perbincangan kedua-dua setuju untuk berdamai

Ibu kepada mangsa yang dilempang, Waheeda Airny Anwar juga memohon maaf atas kesilapannya memuat naik video ke media sosial.

“Setelah berbincang, pihak saya dan pihak sana telah bersetuju tidak meneruskan atau memanjangkan kes tersebut.

“Pihak saya juga inginkan permohonan maaf terbuka dari pihak sana juga kerana telah mengasari anak saya sebagaimana saya sendiri meminta maaf.

“Atas saranan dan nasihat daripada polis, saya memohon pihak di luar sana tidak menyebarkan lagi video tersebut,” ujarnya di Facebook.

Dia dalam masa sama turut berharap agar perkara tersebut tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada orang lain.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 hour ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

4 hours ago