
Ramai Tergamam Lihat Kambing Layur Api Di Kepala Sendiri Hidup-hidup [Video]
Segelintir netizen mendakwa bahawa kambing terbabit sedang membakar pepijat atau parasit yang melekat dikulitnya untuk menghilangkan rasa gatal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kambing merupakan antara haiwan yang memiliki daging yang sedap sehingga diminati ramai orang.
Maka tidak hairanlah kebanyakan orang termasuk rakyat Malaysia gemar menikmati hidangan daging kambing seperti kambing bakar.
Kambing bakar perlulah diperap terlebih dahulu setelah disembelih dan dipotong menjadi bahagian-bahagian kecil.
Maksudnya di sini kambing itu dibakar ketika sudah mati bukannya hidup-hidup.
Tular video kambing layur api di kepala sendiri
Namun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan seekor kambing melayurkan kepalanya sendiri di atas api yang sedang menyala.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @CreepyOrg, kelihatan sebahagian bulu kambing terbabit telahpun bertukar menjadi hitam kerana terbakar.
Kambing sengaja kenakan api di bahagian leher
Dalam video tersebut, dapat dilihat kambing berkenaan dengan sengaja mengenakan api di bahagian bawah kepalanya dan juga leher.
Turut kelihatan seperti ketulan-ketulan keras melekat di lehernya yang sengaja dilayurkan dengan api agar berasa panas.
What the hell is going on here? pic.twitter.com/Yh57NAveds
— Creepy.org (@CreepyOrg) November 2, 2023
Video berdurasi 29 saat itu telah meraih perhatian ramai dengan jumlah tontonan sebanyak 5.8 juta.
Netizen dakwa kambing layur api kerana ingin bunuh pepijat atau parasit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna X turut terkejut melihat tindakan kambing berkenaan yang seolah-olah ingin membakar dirinya sendiri.
Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mendakwa bahawa kambing terbabit sedang membakar pepijat atau parasit yang melekat dikulitnya untuk menghilangkan rasa gatal.
Namun ketika ini, kami tidak menemui sebarang kajian yang terperinci mengenai mengapa kambing tersebut bertindak demikian.
Burning off bugs that we can't see
— Shinobi Bryant aka the Ninja fka ILUMINUS MAXIMUS (@IluminusMaximus) November 2, 2023
Or getting a fire tan and d fade for his hot date at the animal farm
So it's prob parasites or it's itchy pic.twitter.com/8OoSsfctZ2
— ᗰiᔕᔕᒪoᐯe (@xgreeneyeddoll) November 2, 2023
Most likely the goat has discovered that it can burn fleas and ticks off itself without much harm. Smart animal.
— Jake (@slugger254) November 2, 2023