Ketika berada di jalan raya, pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat baik mereka yang memandu kenderaan ataupun berjalan kaki.
Ada pengguna yang sentiasa berhati-hati dan peka ketika memandu. Ada juga segelintir yang bersikap mementingkan diri hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada individu lain.
Bukan sahaja kepada orang lain, sikap tidak bertanggungjawab pemandu itu juga kadang kala boleh menyebabkan mereka sendiri mengalami kecelakaan.
Terbaharu, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta perodua Myvi dipandu secara melulu di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada 3 November yang lalu.
Menerusi rakaman kamera milik seorang penunggang motosikal, kereta yang menerima jolokan sebagai ‘king’ itu dilihat dipandu laju dan berbahaya.
Malah, secara tiba-tiba kereta berkenaan memasuki laluan kecemasan bagi memotong lori di hadapannya.
Tindakan pemandu kereta tersebut nyata mengejutkan penunggang motosikal yang pada ketika itu turut berada di lorong kecemasan.
Namun, dia bernasib baik kerana sempat brek dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku dalam suasana hujan pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, tindakan pemandu Myvi berkenaan memandu secara melulu akhirnya memakan diri selepas kereta yang dipandu olehnya terbabas berhampiran susur keluar di Seri Kembangan.
Apa yang menarik perhatian adalah tindakan penunggang motosikal yang berhenti bukan untuk memberi pertolongan tetapi mengingatkan pemandu kereta berkenaan tentang tindakannya yang memandu secara melulu.
“Kau drive macam mana dekat belakang tadi kau potong depan aku? Kau potong lane kecemasan tadikan?”
Namun, pemandu kereta tersebut dilihat seolah-olah tidak memahami apa yang dikatakan oleh penunggang motosikal itu.
“Aku ada kameralah, elok la tu, padan muka,” kata penunggang tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh penunggang mtosikal terhadap pemandu kereta terbabit.
Malah, ada segelintir warganet yang mengecam sikap tidak bertanggungjawab pemandu kereta itu yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan yang serius kepada orang lain.
Berikut merupakan antara komen netizen:
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Bakar Lemang Ke?” – Myvi ‘Flex’ Ekzos Berapi & Siap Letak Kereta Di Parkir OKU [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Malu Pun Dapat” – Tindakan Myvi Dipercayai Potong Barisan Undang Padah Selepas Tersangkut Di Bahu Jalan [Video]
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…
Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…