
“Ni Bakar Lemang Ke?” – Myvi ‘Flex’ Ekzos Berapi & Siap Letak Kereta Di Parkir OKU [Video]
Kedua-dua ekzos itu dilihat mengeluarkan api di bahagian belakang kereta tersebut ditambah dengan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman awam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Gara-gara minat dan untuk kepuasan diri, seseorang itu sanggup menghabiskan duit dan masa semata-mata untuk melakukan sesuatu yang diminatinya.
Begitu juga buat sesetengah individu yang menjadikan ubah suai kereta sebagai minat dan hobi di masa lapang.
Namun, oleh kerana taksub dengan proses mengubah suai kereta, ada di antara individu ini yang melakukan modifikasi melampau hingga tidak mengikut spesifikasi yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pasang Ekzos Keluar Api, Parking di OKU
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Facebook Inforoadblock, kelihatan sebuah kereta Perodua Myvi telah diubah suai tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
“Api ni nak buat apa? Bakar lemang? Modifikasi budak-budak b*d*h, dah la parking dekat (parkir) OKU. Tunggu jela JPJ kirim salam,” tulis pentadbir akaun berkenaan di ruangan kapsyen.
Kereta yang menerima jolokan sebagai ‘king’ itu dilihat mempunyai dua ekzos tambahan berbanding kenderaan ‘stock’ yang hanya mempunyai satu ekzos.
Malah, kedua-dua ekzos itu dilihat mengeluarkan api di bahagian belakang kereta tersebut ditambah dengan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman awam.
Tindakan pemilik kereta Myvi yang meletakkan kereta di parking Orang Kurang Upaya (OKU) juga turut menarik perhatian orang ramai.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemilik kereta berkenaan yang dilihat tidak mengikut undang-undang jalan raya.
Malah, ada di antara mereka yang ‘menyeru’ pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pemilik kenderaan ini.
Terlebih Makan Kismis

OKU-Otak Kurang Unggul, Sebab Itu Dia Park Situ

Bila 1.5 Berangan Nak Jadi V8


Dia Letak Petrol Dalam Lubang Eksoz


Panduan Ubah Suai Kenderaan Persendirian
Untuk info, bagi anda yang ingin membuat pengubahsuaian atau modifikasi kenderaan, anda boleh melayari laman web rasmi JPJ berhubung prosedur dan panduan modifikasi berkenaan.
Ia penting agar anda tidak akan dikenakan saman akibat daripada kesalahan modifikasi ini.


Namun, bagi pengubahsuaian ekzos pula, terdapat hak maksima bunyi yang perlu dipatuhi mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Ia diukur menggunaan unit decibel (dB) dengan kaedah ujian yang dikhaskan.
Menerusi semakan kami, kenderaan empat roda (kereta lori dsb.) perlu mematuhi maksima bunyi yang dibenarkan iaitu dari 80 hingga 88dB manakala kenderaan kurang dari tiga roda (motosikal) dari 92 hingga 99dB.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang, Owner Myvi Ubahsuai Lampu Signal Jadi Warna Putih Hingga Kelirukan Orang Lain
Baca Artikel Berkaitan: Ikon Permotoran Disaman Gara-Gara Pakai Nombor Plat ‘Fancy’ & Ubah Suai Ekzos Motosikal