fbpx
Now Reading
Tindakan Rider Turun Motor & Kata Padan Muka Pada Myvi Pandu Melulu Hingga Terbabas Raih Perhatian [Video]

Tindakan Rider Turun Motor & Kata Padan Muka Pada Myvi Pandu Melulu Hingga Terbabas Raih Perhatian [Video]

Menerusi rakaman kamera milik seorang penunggang motosikal, kereta Perodua Myvi itu dilihat dipandu laju dan secara tiba-tiba memasuki laluan kecemasan bagi memotong kenderaan di hadapannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika berada di jalan raya, pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat baik mereka yang memandu kenderaan ataupun berjalan kaki.

Ada pengguna yang sentiasa berhati-hati dan peka ketika memandu. Ada juga segelintir yang bersikap mementingkan diri hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada individu lain.

Bukan sahaja kepada orang lain, sikap tidak bertanggungjawab pemandu itu juga kadang kala boleh menyebabkan mereka sendiri mengalami kecelakaan.

Pemandu Myvi Pandu Secara Melulu, Masuk Lorong Kecemasan Secara Tiba-Tiba

Terbaharu, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta perodua Myvi dipandu secara melulu di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada 3 November yang lalu.

Menerusi rakaman kamera milik seorang penunggang motosikal, kereta yang menerima jolokan sebagai ‘king’ itu dilihat dipandu laju dan berbahaya.

Malah, secara tiba-tiba kereta berkenaan memasuki laluan kecemasan bagi memotong lori di hadapannya.

Tindakan pemandu kereta tersebut nyata mengejutkan penunggang motosikal yang pada ketika itu turut berada di lorong kecemasan.

Namun, dia bernasib baik kerana sempat brek dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku dalam suasana hujan pada ketika itu.

Kereta Terbabas Selepas Pandu Secara Melulu

Walau bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, tindakan pemandu Myvi berkenaan memandu secara melulu akhirnya memakan diri selepas kereta yang dipandu olehnya terbabas berhampiran susur keluar di Seri Kembangan.

Apa yang menarik perhatian adalah tindakan penunggang motosikal yang berhenti bukan untuk memberi pertolongan tetapi mengingatkan pemandu kereta berkenaan tentang tindakannya yang memandu secara melulu.

“Kau drive macam mana dekat belakang tadi kau potong depan aku? Kau potong lane kecemasan tadikan?”

Namun, pemandu kereta tersebut dilihat seolah-olah tidak memahami apa yang dikatakan oleh penunggang motosikal itu.

“Aku ada kameralah, elok la tu, padan muka,” kata penunggang tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh penunggang mtosikal terhadap pemandu kereta terbabit.

Malah, ada segelintir warganet yang mengecam sikap tidak bertanggungjawab pemandu kereta itu yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan yang serius kepada orang lain.

Berikut merupakan antara komen netizen:

Puas Hati Aku Brader Tu Gigih Turun Motor Nak Cakap Padan Muka

Nasib Tak Jatuh Ke Bawah

Fuhh, Puas Hati Tengok Dia Accident

Rider Motor Memang Cemerlang

Memang Ada Perangai Manusia Macam Ni

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Bakar Lemang Ke?” – Myvi ‘Flex’ Ekzos Berapi & Siap Letak Kereta Di Parkir OKU [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Malu Pun Dapat” – Tindakan Myvi Dipercayai Potong Barisan Undang Padah Selepas Tersangkut Di Bahu Jalan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.