fbpx
Now Reading
Kajian Dapati Kucing Miliki 276 Ekspresi Wajah Berbeza

Kajian Dapati Kucing Miliki 276 Ekspresi Wajah Berbeza

Kajian itu menambah bahawa pergerakan otot yang berkaitan dengan proses biologi seperti pernafasan dan menguap tidak disertakan sekali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi pencinta kucing, anda pasti menyedari bahawa ‘si bulus’ itu dapat melakukan beberapa ekpresi wajah seperti melipat atau mengangkat telinganya, mengecilkan mata dan menjilat bibir.

Malah, kebanyakan orang juga seakan dapat menjangka isyarat komunikasi yang sedang diberikan oleh kucing terbabit melalui ekpresi wajah.

Kucing miliki 276 ekpresi wajah berbeza ketika sedang berinteraksi

Pun begitu, tahukah anda bahawa kucing sebenarnya memiliki 276 ekpresi wajah yang berbeza-beza ketika si bulus itu berinteraksi antara satu sama lain, menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Behavioral Processes oleh dua saintis Amerika Syarikat.

“Kajian kami menunjukkan bahawa komunikasi kucing lebih kompleks daripada apa yang diandaikan sebelum ini,” kata pengarang kajian bersama Brittany Florkiewicz, ahli psikologi evolusi di Lyon College, Arkansas kepada CNN pada Rabu lalu (1 November).

Menurut Florkiewciz, dia juga menambah bahawa penemuan mereka mencadangkan bahawa penjinakan mempunyai kesan yang ketara terhadap isyarat muka yang ditampilkan kucing

Dia turut menjelaskan bahawa kucing peliharaan adalah lebih bertolak ansur secara sosial berbanding kucing liar kerana cara hidupnya yang berdekatan dengan manusia.

Maka para penyelidik menjangkakan untuk melihat ekpresi dalam konteks positif dan negatif namun terkejut setelah memerhati 276 morfologi ekspresi muka yang berbeza.

Menurut Florkiewicz dan pengarang utama, Lauren Scott, seorang pelajar perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kansas yang mempunyai minat terhadap kucing menyatakan bahawa penjinakan membolehkan lebih banyak interaksi sosial kucing-ke-kucing.

Jadi itulah sebabnya mereka percaya bahawa kucing-kucing itu akan menunjukkan lebih banyak ekspresi.

Para pengkaji merakam 53 kucing di sebuah cafe kucing

Untuk mengumpul data, Scott merakam sebanyak 53 kucing di sebuah café kucing tempatan semasa mereka berdua berada di Universiti California, Los Angeles, sekitar Ogos 2021 sehingga June 2022.

Daripada 194 minit rakaman video yang dikumpulkan, dia merekodkan 186 interaksi kucing. Kucing-kucing itu adalah baka ‘American shorthair’ dewasa daripada kedua-dua jenis jantina, semuanya dikembiri (dimandulkan).

Kedua-dua penyelidik menilai perbezaan dalam ekpresi dengan sistem pengekodan yang direka khusus untuk kucing, dipanggil Sistem Pengekodan Tindakan Wajah Kucing dan melihat bilangan serta jenis pergerakan otot muka.

Kajian itu menambah bahawa pergerakan otot yang berkaitan dengan proses biologi seperti pernafasan dan menguap tidak disertakan sekali.

Walaupun mereka tidak dapat mengaitkan makna pada setiap ekspresi yang mereka rakamkan, Florkiewicz dan Scott mendapati bahawa 45.7% daripada eskpresi berkod adalah mesra, manakala 37% adalah agresif.

Ekpresi wajah kucing ketika mesra dan agresif

Kajian itu memperincikan bahawa ekspresi mesra ditunjukkan apabila telinga dan misai bergerak ke hadapan sementara mata tertutup, dan kucing yang agresif pula akan mengecilkan anak mata, telinga terlipat ke belakang kepala, dan lidah dikeluarkan dari bibir.

“Harapan kami adalah untuk mengembangkan saiz sampel termasuk kucing-kucing yang tinggal di lokasi berbeza baik kucing yang tinggal di rumah dan kucing liar,” kata Florkiewicz.

Tambahnya lagi, matlamat lain pada masa hadapan adalah untuk menjalankan kajian lanjut bagi menentukan makna yang ingin disampaikan oleh kucing melalui ekpresi-ekpresi wajah yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.