Ramai Teruja Lihat Perkahwinan Campur, Siap Pakai Baju Tradisional Kaum Masing-Masing [Video]

Sememangnya jodoh pertemuan itu di tangan tuhan, malah seseorang tidak pernah menyangka siapakah gerangan suami atau isteri yang bakal memenuhi ruang di dalam hati mereka.

Malah lebih unik apabila sesebuah perkahwinan itu menyatukan pelbagai bangsa yang kelihatan sangat harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.

Majlis perkahwinan dihadiri pelbagai bangsa

Perkara ini samalah seperti pasangan mempelai ini apabila majlis perkahwinan mereka di Sunset Glashauz, Putrajaya dihadiri oleh para tetamu yang berbilang bangsa seperti kaum Melayu, Cina dan India.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Etheon Lim di TikTok, dia menjelaskan pengantin lelaki yang berkahwin adalah ahli keluarganya.

Jelasnya, salah seorang daripada ahli keluarganya sebelum ini telah berkahwin dengan orang Melayu dan kini anak mereka pula menamatkan zaman bujang dengan mengahwini seorang wanita cantik berbangsa India.

“Ia adalah sesuatu yang menarik apabila dapat melihat semua bangsa seronok dengan perkahwinan tersebut,” ujar Etheon.

Turut kelihatan pengantin dan ahli keluarga memakai baju tradisional dari kaum masing-masing

Dalam video itu juga dapat dilihat pengantin lelaki memakai Baju Melayu manakala ibunya mengenakan Baju Cheongsam ketika memimpin tangan si anak ke meja nikah.

Tidak lama kemudian, pengantin wanita pula masuk ke dalam dewan dengan memakai Sari sambil ditemani bapanya yang memakai baju tradisional dari kaum India iaitu Dhoti.

Majlis disambut dengan harmoni

Meskipun mereka berlainan bangsa, namun majlis perkahwinan itu disambut dengan penuh meriah dan harmoni.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang kagum dengan perkahwinan itu malah mereka turut teruja apabila melihat tetamu hadir dengan pelbagai baju tradisional dari kaum masing-masing.

Malah ada juga yang menjangkakan sekiranya pasangan itu memiliki anak pasti mereka mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak kerana mempunyai darah kacukan.

“Bestnya, bakal anak mesti mahir semua bahasa”

“Tahniah kepada pasangan. Cantiknya! Hanya berlaku di Malaysia”

“Kita semua satu Malaysia, bahagianya kita boleh menerima sesama. Tahniah”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago