Ini 7 Jenis Makanan Popular Ketika Menyambut Deepavali

Setiap perayaan yang disambut pasti mempunyai makanan tradisi yang tersendiri.

Sebagai contoh jika Hari Raya Aidilfitri antara makanan yang wajib ada ketika menyambutnya sudah tentu lemang, rendang, kuih kacang dan lain-lain, manakala bagi perayaan Tahun Baru Cina pula seperti kuih Bakul, Yee Sang serta banyak lagi.

Bagaimana pula dengan perayaan Deepavali? Ramai yang tahu kebiasaannya mereka akan membuat Maruku.

Tetapi sebenarnya perayaan yang disambut oleh kaum India atau beragama Hindu ini juga mempunyai makanan lain ketika menyambut perayaan Deepavali.

Tanpa berlengah lagi, sempena Deepavali ni, jom kami kongsikan antara makanan yang ada dan sentiasa disediakan ketika menyambut perayaan ini.

#1 Maruku

Foto: Freepik

Sebut mengenai maruku ini pasti anda semua sudah mula terbayangkan kerangupannya.

Malah rasa herba yang tidak terlalu kuat membuatkan makanan atau kuih ini digemari oleh sesiapa sahaja dan setiap lapisan umur.

Bahan-bahan untuk membuat maruku ini adalah menggunakan tepung maruku, tepung pulut, serbuk kari, serbuk cili, majerin, minyak sapi, santan, daun kari, bawang putih, garam dan air suam.

Kemudian bahan-bahan ini disatukan sebelum dimasuk ke dalam satu acuan khas untuk digoreng.

#2 Laddu

Foto: Pexels

Laddu merupakan manisan yang diperbuat dengan menggunakan tepung kacang kuda, pelaga, biji janggus, lemak sapi dan gula.

Rasa kuih ini sedikit manis dan penuh dengan rasa herba. Makanan ini kebiasaannya akan dihidang ketika perayaan dan juga majlis-majlis keagamaan.

Malah ada juga yang menyediakan laddu ini ketika hari perkahwinan.

#3 Tosai

Foto: Pexels

Selain snek dan manisan, antara makanan lain yang turut ada ketika hari perayaan Deepavali adalah tosai.

Alah korang pun selalu order tosai ni bila pergi mamakkan? Malah ada yang siap order tosai bawang, tosai telur dan banyak lagi.

Lebih terangkat (sedap) dicicah pula dengan kuah kari kambing atau ayam bersama sambal kelapa dia.

Untuk membuat tosai ini ia mengunakan bahan-bahan seperti susu beras, susu kacang dhal putih, nasi sejuk dan juga garam.

Bolehlah korang cuba buat sendiri nanti.

#4 Idli

Foto: Pexels

Idli merupakan sejenis kuih dan ia merupakan makanan dari masyarakat selatan India.

Malah makanan ini dinikmati sewaktu sarapan, selain idli kuih ini juga dikenali dengan nama kuih beras kukus.

Sekali pandang nampak seperti putu piring namun ia dimakan bersama kuah kari atau sandhini.

Bahan untuk membuatnya adalah menggunakan beras, dhal, nasi sejuk dan juga garam.

#5 Jalebi

Foto: Pexels

Sekali pandang rupanya seperti maruku, haa tapi jangan tertipu.

Ia mempunyai sedikit perbezaan dari segi warna dah rasa. Warna jelebi lebih ke arah jingga dan mempunyai rasa yang manis.

Serius ia manis, kerana manisan ini disaluti dengan sirap gula yang pekat.

Sebab itu ia kelihatan seperti berkilat berbeza dengan maruku.

Bagi yang meminati makanan manis, ini mungkin sesuai buat anda.

#6 Pani Puri

Foto: Pexels

Pani puri juga adalah kuih berbentuk bebola yang ranggup.

Cara untuk memakannya adalah anda perlu membuat lubang di atasnya kemudian masukkan beberapa bahan yang disediakan seperti kentang, sayuran bersama kuah masala.

Rasa berangin, sedikit masam dan manis kentang bersama kerangupan di bahagian luarnya pasti akan membuatkan korang suka dengan kuih ini.

#7 Ardhirasam

Foto: via Kuali

Ha nampak seperti kuih jenderam yang korang selalu tunggu dia masak dekat pasar malam tu kan?

Tapi sebenarnya kuih jenderam ini dikatakan diinspirasi daripada kuih ardhirasam.

Bentuknya yang bulat seperti donat dan comel akan buatkan ia mudah untuk dimakan.

Malah ramuan untuk membuatnya juga sangat mudah seperti tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut serta minyak masak.

Antara senarai makanan dan juga manisan yang telah disenaraikan ini, mana satu kegemaran korang?

Kesemua makanan yang disenaraikan ini adalah selamat untuk dimakan oleh setiap lapisan umur tidak kiralah kanak-kanak mahupun warga emas.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago