Kancil Selalu Rosak & Berhenti Tengah Jalan, Anak Buat Kejutan Beli Kereta Baharu Untuk Ibu Bapa [Video]

Setiap yang bergelar anak pasti ingin melakukan sesuatu perkara yang akan mengembirakan hati kedua ibu bapa.

Yelah sepanjang membesarkan anak-anak mereka telah banyak berkorban dari segi masa, kewangan serta bermacam-macam lagi untuk membesarkan kita semua.

Malah mereka juga sanggup melupakan keinginan sendiri asalkan keperluan anak-anak dapat dilengkapkan.

Buat kejutan belikan ibu bapa kereta baharu

Baru-baru ini, seorang wanita telah membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya dengan menghadiahkan sebuah kereta.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, awalnya wanita dikenali sebagai Kak Paten atau mesra digelar KP itu menunjukkan sebuah kereta kancil yang sudah lama milik ibu dan bapanya.

Malah dia menyifatkan kenderaan itu seringkali mati di tengah jalan serta rosak.

Perkara itu membuatkan ibunya menangis beberapa kali, namun apakan daya mereka ketika itu tidak mampu untuk membeli kenderaan baharu.

Ibu bapa tak pernah beli kereta baharu sepanjang berkahwin

Menurutnya ibu dan bapanya tidak pernah mempunyai kereta baharu selain menyatakan mereka tidak datang dari keluarga yang senang.

Dia juga sempat menceritakan pengalaman ketika zaman kecil apabila ingin pulang ke kampung apabila tiba Hari Raya.

“Masa kecil kami balik kampung beraya naik lori 12 tayar yang ayah bawak. Tak pernah sekali mak ayah merasa kereta baharu sepanjang perkahwinan dia orang.

“Kadang-kadang kami naik bus balik kampung, atau tumpang makcik,” ujarnya.

Jelas wanita itu memandangkan mempunyai rezeki yang lebih dan mahu yang terbaik buat mereka, dia kemudian mengambil keputusan untuk membelikan ibu dan bapa sebuah kereta.

Kononya buat konten sebelum letakkan kunci pada tangan ibu bapa

Dalam video berkenaan dia kononnya meminta kedua orang tuanya membuat satu konten yang kini sedang menjadi trend di media sosial sebelum meletakkan kunci pada tangan mereka.

Perkara itu membuatkan si ibu keliru kerana secara tiba-tiba mendapat kunci. Bapanya kemudian menekan butang alarm untuk mengesan di manakah kereta tersebut.

Si ibu lalu tidak dapat menahan sebaknya kemudian menangis dan mereka kemudian memeluk KP.

Wanita itu sempat menunjukkan ibu dan bapanya bersiar-siar menaiki kereta Pesona yang dibelikan oleh KP.

Terpancar wajah gembira mereka sebaik menerima pemberian itu

“Alhamdulillah salah satu niat saya tercapai.. Syukur ya Allah SWT.”

@kakpaten_kp

alhamdulilah slh satu niat sy tercapai..syukur ya allah

♬ original sound – kakpaten_kp – kakpaten_kp

Ramai sebak dan harap dapat lakukan perkara sama pada ibu bapa

Melihat di ruangan komen, perkongsian video itu turut membuatkan orang ramai mengalirkan air mata kerana sedih dengan reaksi si ibu.

Tidak kurang juga ada yang berharap agar mereka juga dapat melakukan perkara yang sama kepada ibu dan ayah.

“Impian semua anak nak hadiahkan mak ayah kereta.. doakan saya boleh hadiahkan mak juga, mak dari kawin arwah bapa sampai arwah bapa meninggal dunia tak ada kereta”

“Sensitif betul kalau bab ibu bapa ni, semoga dipermudahkan segala urusan kita.”

“Awak dah buat saya nangis! Semoga urusan wak sentiasa dipermudahkan. Doakan saya juga boleh buat macam ni satu hari nanti.”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago