Israel Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu 50 Tebusan Dibebaskan

Kabinet Israel hari ini (22 November) bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata selama 4 empat hari bagi membolehkan pembebasan seramai kira-kira 50 orang tawanan di Gaza sejak kumpulan pejuang Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober lalu.

Memetik Al Jazeera, perjanjian itu tercapai selepas kabinet perbincangan mengenai rundingan bersama Qatar secara berterusan sehingga awal pagi hari ini dengan media Israel melaporkan terdapat perbezaan pendapat di antara menteri-menteri kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, akhirnya hanya tiga daripada 38 ahli kabinet yang menentang agar gencatan senjata dilakukan, selebihnya bersetuju.

Ini bermakna bagi sepanjang tempoh itu, Israel tidak akan menyerang bumi Palestin.

Perjanjian tersebut memerlukan Hamas membebaskan 50 kanak-kanak & wanita Israel

Pejabat Perdana Menteri Israel menerusi satu kenyataan berkata, perjanjian tersebut memerlukan Hamas untuk melepaskan sekurang-kurangnya 50 orang wanita dan kanak-kanak semasa empat hari peperangan dihentikan.

Bagi setiap 10 tawanan yang dibebaskan, waktu gencatan senjata akan dilanjutkan selama 1 hari tanpa menyebut pembebasan tawanan Palestin sebagai pertukaran.

“Kerajaan Israel komited untuk mengembalikan kesemua tawanan ke rumah. Malam ini, ia meluluskan perjanjian yang dicadangkan sebagai peringkat pertama untuk mencapai matlamat ini,’ kata kenyataan itu.

Sebagai pertukaran, Hamas ingin tawanan orang Palestin turut dibebaskan

Sementara itu, pejuang Hamas turut mengeluarkan kenyataannya yang mengesahkan bahawa 50 tawanan wanita dan kanak-kanak akan dibebaskan dan sebagai pertukaran Israel perlu melepaskan seramai 150 orang wanita dan kanak-kanak Palestin dari penjara Israel.

Mereka juga mengatakan Israel perlu menghentikan segala tindakan ketenteraan di Gaza dan membenarkan ratusan trak yang membawa bantuan kemanusiaan, perubatan, dan bahan bakar masuk ke dalam wilayah itu.

Perjanjian gencatan senjata pertama tercapai sejak perang tercetus pada 7 Oktober

Perjanjian ini merupakan gencatan senjata pertama yang dilakukan sejak konflik terbabit tercetus di mana Israel telah meratakan hampir keseluruhan wilayah Semenanjung Gaza.

Menurut salah seorang pegawai di Palestin, sekurang-kurangnya 14,100 rakyat negara itu telah terkorban, manakala Pertubuhan Bangsa-bangsa Besatu (PBB) mengatakan kira-kira 1.7 juta orang telah dipaksa meninggalkan rumah mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom 2 Sekolah Di Gaza, Lebih 200 Rakyat Palestin Terbunuh & Cedera [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 12 Rakyat Palestin Terbunuh Selepas Israel Serang & Kepung Hospital Indonesia Di Gaza

Bagi pihak Israel pula, sekurang-kurangnya 1,200 orang telah terbunuh.

Terdahulu, dilaporkan bahawa pegawai dari Qatar, Amerika Syarikat, Israel dan Hamas telah beberapa hari mengatakan bahawa perjanjian terbabit akan berlaku.

Qatar dalam pada masa sama juga akan membuat pengumuman rasmi mengenai gencatan senjata dengan tawanan pertama yang akan dibebaskan kira-kira 24 jam selepas itu.

Netanyahu tekankan bahawa misi Israel tidak akan berubah

Sebelum ini juga Netanyahu menerusi satu hantaran di akaun X miliknya turut menekankan bahawa misi Israel tidak akan berubah.

“Kita berada dalam perang dan kita akan meneruskan perang sehingga kita mencapai matlamat.

“Untuk memusnahkan Hamas, mengembalikan semua tawanan kita, dan memastikan bahawa tiada orang di Gaza yang boleh mengacam Israel,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

20 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago