![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/11/Hospital-Indonesia-blur.jpg)
12 Rakyat Palestin Terbunuh Selepas Israel Serang & Kepung Hospital Indonesia Di Gaza
Tindakan Israel menyerang Hospital Indonesia yang masih menerima banyak pesakit itu menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah Semenanjung Gaza semakin bertambah buruk.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Serangan tentera Israel terhadap Palestin terus mendapat perhatian dunia apabila rejim Zionis itu tanpa henti menyerang wilayah Semenanjung Gaza sehingga meragut puluhan ribu nyawa orang awam termasuk kanak-kanak.
Lebih parah lagi, apabila penjajah terbabit dengan sesukati mengebom kawasan perlindungan penduduk Gaza seperti di hospital, sekolah, kem pelarian dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom 2 Sekolah Di Gaza, Lebih 200 Rakyat Palestin Terbunuh & Cedera [Video]
Baca Artikel Berkaitan: 160 Kanak-kanak Palestin Di Gaza Terbunuh Setiap Hari Angkara Bom Israel – WHO
Hospital Indonesia di Gaza dikepung kereta kebal Israel
Terbaharu, Hospital Indonesia di Gaza pula menjadi sasaran Israel selepas kereta kebal milik mereka mengepung pusat perubatan berkenaan sejak semalam (20 November) menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, keadaan di Hospital Indonesia pada ketika ini seakan dilanda ‘malapetaka’.
“Kami bimbang tentera Israel akan mengulangi apa yang mereka lakukan di Hospital al-Shifa,” katanya.
Tindakan Israel menyerang Hospital Indonesia yang masih menerima banyak pesakit itu menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah Semenanjung Gaza bertambah buruk.
Kakitangan Hospital Indonesia tidak akan tinggalkan tempat tersebut
Sementara itu, kakitangan hospital berkenaan pula menyatakan mereka akan terus tinggal di situ untuk merawat pesakit yang cedera.
Untuk info, terdapat kira-kira 700 orang, termasuk kakitangan perubatan dan mangsa yang cedera masih berada di dalam hospital terbabit.
Israeli army targeted Indonesia Hospital. While there were deaths and injuries as a result of the bombing, some parts of the hospital were damaged. Generators were damaged in the bombing and the hospital's electricity is currently out. pic.twitter.com/LSTKptzFT1
— Gaza Notifications (@gazanotice) November 20, 2023
Menteri Luar Indonesia kutuk sekeras-kerasnya serangan terbabit
Dalam pada itu, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi turut mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penceroboh Israel terhadap Hospital Indonesia.
Beliau juga menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pengganas Israel itu jelas melanggar undang-undang kemanusiaan.
“Semua negara, terutama yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, mesti menggunakan semua pengaruh dan keupayaan mereka untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman,” katanya.
Menteri Luar Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim pengganas Israel ke atas Hospital Indonesia di Semenanjung Gaza yang dikepung dan menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas undang-undang kemanusiaan antarabangsa. pic.twitter.com/H73oLd1KpF
— Nu'man 🇲🇾🇵🇸🔻 (@numanmazlan) November 21, 2023
Baca Artikel Berkaitan: