fbpx
Now Reading
160 Kanak-kanak Palestin Di Gaza Terbunuh Setiap Hari Angkara Bom Israel – WHO

160 Kanak-kanak Palestin Di Gaza Terbunuh Setiap Hari Angkara Bom Israel – WHO

Mengenai hospital di Utara Gaza pula, pegawai WHO berkata mereka hanya mampu membawa bekalan ke hospital sekali sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik yang berlaku di Timur Tengah antara Palestin dan penjajah Israel masih lagi berlarutan sehingga hari ini dan lebih 10,000 nyawa penduduk Semenanjung Gaza telah terkorban angkara kekejaman Rejim Zionis itu.

Lebih menyayat hati, setiap hari akan ada sahaja kanak-kanak Palestin yang terkorban akibat serangan udara yang dilancarkan tentera Israel secara berterusan.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Tentera Israel Serang Kem Pelarian Di Gaza Adalah Jenayah Perang – PBB

Baca Artikel Berkaitan: Menteri Israel Usul Jatuhkan Bom Nuklear Untuk Ratakan Gaza

Secara purata kira-kira 160 kanak-kanak Palestin terbunuh setiap hari

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin (6 November), dianggarkan secara purata kira-kira 160 kanak-kanak Palestin terbunuh setiap hari di Gaza dalam tempoh sebulan pengebomam Israel di wilayah itu.

 “Purata kira-kira 160 kanak-kanak dibunuh setiap hari berdasarkan angka Kementerian Kesihatan (Palestin),” kata pegawai WHO Christian Lindmeier pada taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

Lindmeier desak hentikan permusuhan bagi meringankan penderitaan dialami

Susulan itu, Lindmeier mengulangi keperluan mendesak agar dihentikan permusuhan seperti melakukan gencatan senjata bagi meringankan penderitaan yang sedang dialami penduduk Wilayah Gaza pada ketika ini.

“Ribuan rakyat di Gaza mati dan mereka yang masih hidup menderita akibat trauma, penyakit, kekurangan makanan dan air.

“Mereka memerlukan air, bahan api, makanan dan akses selamat kepada penjagaan kesihatan untuk terus hidup.

“Semuanya sudah disediakan kerana logistik, konvoi dan bekalan sudah siap tetapi apa yang tiada ialah akses dan itulah yang diperlukan. Kami memerlukan akses yang selamat dan terjamin tanpa halangan sampai ke pesakit dan hospital,” katanya seperti dipetik Anadolu.

Mengenai hospital di Utara Gaza pula, Lindmeier berkata WHO hanya mampu membawa bekalan ke hospital sekali sahaja.

“Bekalan benar-benar diambil dari tangan kami dan segera dibawa ke bilik pembedahan kerana semua yang dibawa masuk termasuk ubat bius adalah perlu pada masa itu.”

Pegawai WHO, Christian Lindmeier

WHO tidak dapat sahkan dakwaan Israel terdapat terowong Hamas di bawah hosital

Dalam pada itu, pegawai WHO itu juga tidak dapat mengesahkan mengenai dakwaan tentera Israel bahawa kawasan hospital di Gaza menjadi sasaran kerana mempunyai terowong Hamas di bawahnya.

“Bagi pihak WHO, kami tidak boleh mengesahkan apa yang ada di bawah hospital. Apa yang boleh kami sahkan ialah apa yang ada di hospital dan di atas tanah dan kemudahan perubatan ini amat diperlukan segera,” katanya lagi.

Terdahulu, lebih 100 doktor Israel menyeru tentera penjajah agar mengebom kesemua hospital di Gaza, mereka menggunakan alasan kononya penduduk Gaza membiarkan hospital dijadikan sarang pejuang Hamas.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.