fbpx
Now Reading
Menteri Israel Usul Jatuhkan Bom Nuklear Untuk Ratakan Gaza

Menteri Israel Usul Jatuhkan Bom Nuklear Untuk Ratakan Gaza

Susulan kenyataan bom nuklear itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menggantung tugas Amichai Eliyahu sehingga notis selanjutnya diberikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang menteri Israel yang dikenali sebagai Amichai Eliyahu telah mengeluarkan kenyataan bersifat keganasan dengan mencadangkan agar rejim Zionis menjatuhkan bom nuklear di Semenanjung Gaza untuk meratakan kawasan terbabit.

Kenyataan tersebut bagaimanapun memakan diri apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menggantung tugas Eliyahu sebagai Menteri Warisan sehingga notis selanjutnya diberikan, lapor Middle East Monitor.

Amicha Eliyahu Beri cadangan guna bom nuklear ketika ditemu bual dalam radio

Sebelum ini, akhbar Times of Israel melaporkan bahawa menteri daripada parti ekstremis, Otzma Yehudit itu berkata demikian semasa dalam rancangan temu bual bersama Radio Kol Berama.

Eliyahu mengusulkan penggunaan senjata nuklear sebagai salah satu alternatif bagi menamatkan konflik yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel.

Penduduk Gaza boleh larikan diri ke Ireland & cari penyelesian sendiri

Tidak hanya itu, menteri berfahaman ekstrem itu juga mengatakan bahawa lebih dua juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza boleh melarikan diri ke Ireland atau mana-mana gurun serta mencari penyelesaian sendiri bagi konflik kemanusiaan yang dihadapi.

Susulan temu bual itu yang telah tular, Eliyahu tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat kabinet bagi tempoh masa yang belum diputuskan lagi.

Dakwa kenyataan yang diberikan sekadar metafora

Pun begitu, selepas dijatuhi hukuman terbabit, Eliyahu seperti ingin memutar belit cerita dengan mendakwa kenyataan yang diberikan itu hanyalah sebagai metafora.

“Jelas bagi semua orang yang berakal bahawa kenyataan mengenai atom (bom) adalah metafora,” katanya.

Perkataan yang diucapkan oleh Eliyahu itu jelas menunjukkan sikap dan pemikiran sebenar kebanyakan pemimpin-pemimpin Israel.

Meskipun ia hanyalah usul sehingga digantung oleh Netanyahu, dunia tetap mengetahui kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis apabila dengan sengaja mengebom hospital, sekolah serta kem pelarian di Gaza sehingga meragut ribuan nyawa termasuk kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Tentera Israel Serang Kem Pelarian Di Gaza Adalah Jenayah Perang – PBB

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.