
Israel Bom 2 Sekolah Di Gaza, Lebih 200 Rakyat Palestin Terbunuh & Cedera [Video]
Pengebomam yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap dua buah sekolah berkenaan turut mendapat kecaman meluas dari negara serta pertubuhan Arab dan Islam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (1 November), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ISESCO) telah mengecam serangan bom yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas dua buah sekolah di Semenanjung Gaza.
Memetik Anadolu, ISESCO menyifatkan perbuatan rejim Zionis mengebom dua buah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu (18 November) itu sebagai suatu tindakan yang ‘biadap’.
Lebih 200 orang Palestin terbunuh dan cedera dalam serangan terbabit
Dalam serangan terbabit, lebih 200 orang Palestin yang sedang berlindung terbunuh dan cedera selepas tentera Israel mengebom Sekolah Al-Fakhoura di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza dan Sekolah Tal Al-Zaatar di bandar Beit Lahia.
Es kam erneut zu einem Massaker in Gaza. Samstagmittag bombardierte die israelische Armee die UN-Schule Fakhoora, in der tausende Zivilisten, die ihr Zuhause verloren haben, Schutz suchen. Es wird von 200 Getöteten ausgegangen, so Lokaljournalisten.
— Tarek Baé (@Tarek_Bae) November 18, 2023
70 ihrer Gebäude wurden… pic.twitter.com/OaAEkKrU1J
“Kami mengutuk jenayah kejam yang dilakukan oleh tentera penceroboh Israel yang menyasarkan sekolah Al-Fakhoura dan Tal Al-Zaatar di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan ratusan korban dan cedera,” kata ISESCO dalam satu kenyataan.
Rejim Zionis jelas langar undang-undang dan norma antarabangsa
Tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis yang sengaja tidak dapat membezakan antara sasaran sekolah, hospital, kem pelarian dan kemudahan ketenteraan jelas menunjukkan mereka telah melanggar semua bentuk undang-undang dan norma antarabangsa.
“Tiada kuasa lain pernah menggunakan peralatan ketenteraannya untuk menceroboh dan menyerang kanak-kanak, sekolah dan hospital, sekali gus menunjukkan sikap dan tingkah laku yang tidak masuk akal dan belum pernah berlaku sebelum ini,” menurut kenyataan itu lagi.
Ramai kecam tindakan Israel & sifatkan mereka sebagai pengganas
Pengebomam yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap dua buah sekolah berkenaan turut mendapat kecaman meluas dari negara serta pertubuhan Arab dan Islam.
Tidak hanya itu, rata-rata pengguna media sosial turut mengecam tindakan berkenaan selepas tular satu video dipercayai sebelum operasi dijalankan dan menyifatkan mereka sebagai pengganas kerana sengaja membunuh orang awam.
Selain itu, turut tular video di Hospital Kamal Adwan, utara Semenanjung Gaza yang dipenuhi dengan pesakit cedera selepas pengebomam dilakukan.
Aquí está la cuenta atrás segundos antes de la masacre. El momento en que el ejército israelí bombardeó la escuela Al Fakhoora pic.twitter.com/eb4PCN51C3
— 𝑷𝑨𝑳𝑬𝑺𝑻𝑰𝑵𝑨 𝑳𝑰𝑩𝑹𝑬 (@palestina123456) November 18, 2023
@AJEnglish Israeli air raids have killed many Palestinians at the al-Fakhoora School, run by UNRWA, in the Jabalia refugee camp and another school in Tal al-Zaatar, also in northern Gaza.#IsraelIsATerrorist#FreePalestineFromIsraelNOW@UNRWAPartners @UNRWA pic.twitter.com/nbGpiXtuJr
— Comr. Abdulazeez Adamu (CAA) (@_abdulazeezadam) November 19, 2023