
Doktor Meraung Kesedihan Selepas Sedar Anak Sendiri Diusung Atas Stretcher Di Gaza [Video]
Difahamkan, anak kepada doktor wanita itu dibawa ke hospital selepas menjadi salah seorang mangsa serangan bom udara oleh tentera Israel.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ketika ini, tentera Israel tanpa henti terus menyerang Semenanjung Gaza sehingga meragut ribuan nyawa penduduk Palestin.
Lebih menyayat hati, warga emas serta kanak-kanak merupakan antara mangsa yang terkorban angkara kekejaman rejim Zionis itu.
Doktor wanita meraung selepas lihat anak sendiri dibawa atas stretcher
Terbaharu, tular di media sosial satu video yang menunjukkan seorang doktor wanita meraung kesedihan selepas menyedari anaknya dibawa di atas stretcher di sebuah hospital di Gaza.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Twitter @seketulawam, doktor wanita berkenaan dikatakan sedang bertugas di Hospital Indonesia Gaza di Beit Lahia.
Ketika melalui satu lorong, doktor terbabit terlihat beberapa petugas paramedik sedang bergegas membawa seorang pesakit kanak-kanak di atas stretcher.
Dengan hanya sekali pandang, dia terkejut dan terus meraung mengejar pesakit berkenaan selepas menyedari bahawa kanak-kanak itu adalah anaknya sendiri.
Para petugas dan orang ramai bantu tenangkan wanita terbabit
Orang ramai dan petugas kesihatan yang berada di hospital berkenaan berusaha membantu menenangkan doktor wanita terbabit sebelum dia dibaringkan di atas tilam dipercayai kerana ingin pitam.
Difahamkan, anak kepada doktor yang dikenali sebagai Dr. Ghada Abu Eida itu dibawa ke hospital selepas menjadi salah seorang mangsa serangan bom udara oleh tentera Israel.
MENYAYAT HATI | Ketika sedang bekerja di Bahagian Kecemasam, Hospital Indonesia #Gaza, Dr. Ghada Abu Eida terkejut apabila melihat anak perempuannya diusung masuk, cedera akibat serangan kejam Israel.
— Awan Wafdan (@seketulawan) November 1, 2023
pic.twitter.com/WyFS52m5iL
Setakat artikel ini ditulis, kami tidak mendapat maklumat lanjut mengenai keadaan kanak-kanak malang berkenaan.
Lebih 40% jumlah mangsa korban di Gaza adalah kanak-kanak
Sekadar info, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza, lebih 40% daripada orang Palestin yang terkorban di Gaza adalah kanak-kanak
Setakat ini, jumlah kematian kanak-kanak di Gaza terus meningkat melebihi 3,400 orang.
Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak serta simpati melihat keadaan doktor wanita itu.
Semoga segalanya baik-baik sahaja, doakan kami rakyat Malaysia sentiasa mengiringi saudara di Palestin…
Sekilas je dia pandang, dia boleh tahu tu anak dia 😭
— Alyn👽🇵🇸 (@iazlynothman) November 2, 2023
Her screaming are hurting me 🥺
— ارا (@MummyMRA) November 2, 2023
Sedihnya ya Allah 😭
— As time, time for the Moon Night 🌙 (@Iamyoursright) November 1, 2023