Dalam dunia masakan, setiap orang mempunyai cara dan kaedah tersendiri dalam menyediakan sesuatu menu.
Ini kerana tiada betul atau salah dalam menyediakan sesuatu hidangan asalkan penghasilan menu tersebut mempunyai rasa dan rupa yang sama seperti kebiasaan.
Namun, ada juga segelintir individu yang berpendapat kelainan bahan serta kaedah yang digunakan dalam sesuatu menu boleh mengubah rasa ‘original’ hidangan tersebut.
Gara-gara menggunakan banyak belacan dan tidak tumis sambal hingga pecah minyak, seorang tukang masak terkenal yang berasal dari New Zealand menerima kritikan dan disekolahkan oleh warganet tempatan.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @andy_cooks, Andy yang juga merupakan pencipta kandungan menunjukkan cara-cara penyediaan sambal nasi lemak bagi memenuhi permintaan pengikutnya.
Apa yang menarik perhatian adalah tindakan lelaki berkenaan yang menggunakan 50 gram belacan sebagai bahan dalam penyediaan sambal nasi lemak tersebut.
Ini kerana kuantiti belacan yang digunakan oleh Andy dilihat tidak seimbang berbanding kuantiti bahan-bahan utama yang lain seperti bawang dan cili.
Malah, tindakan Andy yang menumis sambal berkenaan hingga tidak pecah minyak turut menarik perhatian warganet.
Buat segelintir individu, dalam menyediakan menu yang berasaskan sambal, seseorang itu perlu menggunakan minyak yang banyak serta memastikan sambal berkenaan ditumis hingga pecah minyak bagi memastikan cili telah dimasak dengan sempurna.
Tindakan Andy yang turut memasukkan serai serta daun limau purut sebagai bahan penyediaan sambal berkenaan juga menarik perhatian netizen.
Ini kerana ada segelintir yang menganggap penggunaan serai dan daun limau purut bukan bahan utama dalam penyediaan sambal nasi lemak.
Walau bagaimanapun, ada netizen yang turut memuji usaha Andy dalam menyediakan menu kegemaran rakyat Malaysia tersebut dan tidak menganggap tindakannya sebagai satu kesalahan.
Malah, ada juga yang turut berkongsi resipi sebenar mengikut cara mereka tersendiri kepada tukang masak berkenaan.
Untuk info, Andy merupakan salah seorang Chef dan pencipta kandungan yang berasal dari New Zealand.
Dia yang memiliki 5.3 juta pengikut terkenal dengan video masakan dan perkongsian resepi yang sering dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya.
Sebelum ini, Andy pernah menarik perhatian netizen dengan menyediakan nasi lemak sebelum tular video penyediaan sambal lelaki itu.
Berikut antara komen netizen:
Baca Artikel Berkaitan: “Nangis Nenek Moyang Kami Tengok Ni” – Ramai Beri Reaksi Lucu Bila Kuih Goyang Jadi ‘Fancy’ [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peserta MasterChef Australia Terkedu Terima Belacan Sebagai Bahan Utama Masakan [Video]
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…