fbpx
Now Reading
Insiden Lebih 20 Kereta Peronda Polis Kejar Perodua Bezza Di Cyberjaya Raih Perhatian [Video]

Insiden Lebih 20 Kereta Peronda Polis Kejar Perodua Bezza Di Cyberjaya Raih Perhatian [Video]

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak awal pagi tadi (5 Disember), kecoh di media sosial beberapa video aksi kejar mengejar di antara beberapa buah kenderaan polis dengan sebuah kereta awam.

Video-video yang sohor di media sosial itu direkod oleh orang awam yang berada di sekitar Cyberjaya, Selangor.

Orang ramai lihat aksi beberapa kenderaan polis kejar sebuah Perodua Bezza

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @_amirmuslim1, kelihatan orang ramai sedang menyaksikan sebuah kereta jenis Perodua Bezza itu sedang dikejar oleh lebih 20 unit peronda polis (MVP) yang dipercayai dari Petaling Jaya.

Dalam video terbabit, kelihatan orang ramai yang melihat kejadian itu seakan sedang terpinga-pinga mempersoal apa yang sedang berlaku.

Bunyi siren kenderaan polis juga telah memecahkan kesunyian malam di beberapa kawasan di Cyberjaya pada awal pagi itu.

Dalam satu video berasingan yang dimuat naik oleh @kymiemarzukhi, seorang lagi individu berjaya merakam kejadian daripada bahagian atas sebuah bangunan dipercayai rumah jenis strata di bandar sama.

Polis cuba himpit untuk hentikan kenderaaan suspek

Kelihatan sebuah kenderaan polis cuba menghimpit kereta terbabit untuk menghentikannya sebelum diikuti oleh beberapa buah kenderaan lain dari belakang.

“Aksi kejar mengejar di Cyberjaya. Bunyi macam tembak menembak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@kymiemarzukhi

Aksi kejar mengejar di Cyberjaya. Bunyi macam tembak menembak.

♬ original sound – Kymie Marzukhi – Kymie Marzukhi

Menerusi perkongsian seorang pengguna X (Twitter) @Audrey_Earnhart pula, dia mendakwa bahawa suspek yang dikejar itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

“Dah tangkap bro, hentam Honda (Civic). Bagaimanapun, Bezza itu teruk (remuk) di bahagian depan,” ciapnya.

Suspek melarikan diri kerana enggan diperiksa pihak polis

Sementara itu, menurut laporan Kosmo insiden berlaku selepas suspek yang enggan diperiksa polis bertindak melarikan diri.

Bagaimanapun, pihak polis yang akhirnya berjaya menahan suspek menemui peralatan pecah rumah di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

“Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan sewaktu penahanan, dua lelaki berjaya melompat keluar dan melarikan diri manakala seorang lelaki dan wanita berjaya ditahan.

Diharapkan orang ramai tidak menyebarkan berita palsu atau memberi sebarang spekulasi yang tidak berasas berhubung kejadian pada ketika ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.