fbpx
Now Reading
“Lingkuplah Enjin” – Tindakan Wanita Isi Diesel Pada Proton X50 Undang Reaksi Ramai [Video]

“Lingkuplah Enjin” – Tindakan Wanita Isi Diesel Pada Proton X50 Undang Reaksi Ramai [Video]

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang individu lain sebelum ditularkan di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika dahulu, kebanyakan kereta jenis trak pikap, lori, pacuan empat roda (4×4) atau kenderaan utiliti sukan (SUV) pasti menggunakan enjin jenis diesel.

Manakala kereta jenis sedan, kompak (hatchback) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) pula didatangkan dengan enjin yang menggunakan kuasa petrol.

Namun, seiring dengan kemajuan dunia automotif kini, kenderaan seperti trak pikap dan SUV juga sudah mula menggunakan engin petrol yang berkuasa tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: RON97 Lagi Jimat Minyak Dari RON95? Pakar Ini Kongsi Sejauh Mana Kebenarannya

Disebabkan itu, kebanyakan kenderaan baharu kini meletakkan pelekat yang memberitahu jenis minyak digunakan oleh kereta tersebut di bahagian penutup tangki minyak.

Tular video wanita isi minyak diesel pada Proton X50

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial video seorang wanita yang mengisi minyak diesel pada Proton X50 di sebuah stesen minyak.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @kingarep_, kelihatan wanita tersebut dengan yakinnya mengisi minyak sambil matanya melihat skrin yang memaparkan jumlah dan kuantiti isian di mesin pam.

“Sejak bila X50 pakai diesel? Lingkup lah enjin itu tidak boleh start,” ciapnya.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang individu lain sebelum ditularkan di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Segelintir pengguna X memberi cadangan agar pihak kerajaan mengadakan kursus kenali jenis minyak untuk kenderaan semasa mengambil lesen memandu agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Netizen persoal kenapa tak tegur daripada rakam dan tularkan

Namun, majoriti netizen mempersoal tindakan individu terbabit yang hanya merakam dan menularkan video daripada membantu wanita berkenaan dengan memberitahunya tentang kesalahan tersebut.

Ini jelas mereka mungkin dapat membantu mengurangkan kesan kerosakan terhadap kereta SUV Segmen B itu.

Humans make mistakes innit? Jadi ini tips jika kereta salah isi minyak, wajib tahu!

Setiap manusia pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan, seperti wanita itu mungkin dia juga tidak menyedari tentang jenis minyak yang digunakan semasa mengisi.

Susulan itu, kami pernah berkongsi tips apa yang harus dilakukan sekiranya anda salah mengisi minyak pada kenderaan untuk elak daripada kerosakan yang lebih serius.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.