Kecewa Selalu Dapat Layanan Buruk, Wanita Tukar ‘Password’ Semua Rakan Sekerja Selepas Berhenti

Setiap individu yang melangkah ke dunia pekerjaan pastinya inginkan yang terbaik termasuklah persekitaran bekerja.

Namun tidak semua orang mempunyai nasib yang baik untuk memiliki persekitaran yang positif dan saling membantu antara satu sama lain.

Ini kerana, terdapat segelintir pekerja yang tertekan, namun bukan kerana bebanan kerja sebaliknya disebabkan persekitaran yang toksik dan suasana negatif daripada rakan-rakan sekerja.

Wanita tukar kata laluan semua pekerja lepas berhenti kerja

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita ini apabila dia diberikan layanan buruk oleh rakan-rakan ketika bekerja di sebuah restoran.

Namun apa yang mengejutkan dia tidak ‘pulang kosong’ selepas berhenti kerja sebaliknya wanita ini bertindak menukar kata laluan akaun semua pekerja di situ.

Wanita terbabit membuat pengakuan itu menerusi laman Reddit.

Tak kisah dianggap tak matang

Ujarnya dia tidak kisah sekiranya perbuatannya itu ingin dianggap sebagai tidak matang atau sebagainya selepas menerima layanan yang buruk dari kumpulan kerjanya.

“Saya tidak boleh mengambarkan betapa teruknya saya dilayan ketika bekerja, malah seluruh kumpulan saya melakukannya.

“Saya merupakan satu-satunya wanita dalam pasukan jadi ia boleh jadi kerana itu, namun saya tidak mahu bermain dengan jantina,” katanya.

Menurut wanita tersebut dia tidak pernah bersikap kurang ajar kepada mereka, dan disebabkan tidak suka untuk bersemuka jadi dia memilih untuk hanya berdiam diri.

“Saya takut, jadi saya menerima sahaja bagaimana layanan diberikan kerana terlalu memerlukan pekerjaan tersebut ketika itu.

“Pada satu petang saya membuat keputusan. Saya pulang ke rumah pada malam itu dan tidak datang bekerja. Saya kemudian mendapat banyak panggilan telefon dan mesej di WhatsApp daripada mereka yang bertanya mengapa saya tidak datang bekerja.

“Saya kemudian tidak mengendahkannya. Seperti yang saya katakan saya tidak pandai menangani konflik dengan baik jadi saya tidak boleh bercakap dengan mereka melalui telefon kerana sudah kecewa pada petang itu,” ujarnya.

Ambil keputusan berhenti sebelum menyedari masih boleh mengakses akaun pengurus

Dia kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Selepas seminggu berhenti wanita itu menyedari bahawa dia masih boleh mengakses ke dalam akaun pengurusnya dan kata laluan juga tidak ditukar.

“Akaun tersebut secara asasnya mempunyai semua data restoran seperti menu, kakitangan, pesanan, stok dan sebagainya.

“Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menukar e-mel kepada yang palsu dan menukar semua kata laluan staff supaya mereka tidak dapat mengaksesnya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Tiada sesiapa menghubungi saya. Saya tak tahu sama ada mereka menyangka saya yang membuatnya atau tidak,” jelasnya.

Menerusi semakan kami, luahan itu telah dibuat oleh wanita berkenaan pada lima bulan yang lalu di Reddit, namun baru dikongsikan di Instagram Reddit baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit yang menggunakan akaun @shortylikeamelody tidak memaklumkan di manakah lokasi restoran dia bekerja.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

17 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

17 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

17 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

17 hours ago