Setiap yang bergelar anak dan pelajar pastinya ingin berbakti kepada ibu bapa dan berusaha untuk mencapai kejayaan.
Meskipun melalui pelbagai cabaran di dalam hidup namun setiap ujian dihadapi itu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang, apatah lagi jika mereka adalah satu-satunya harapan untuk mengubah nasib keluarga.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pelajar lelaki sekolah menegah di Bangsar yang meluahkan dia ingin menjadi individu yang berjaya meskipun datang daripada keluarga yang susah.
Menerusi video yang dikongsikan TikTok oleh Zack Zawani yang juga penceramah motivasi, kelihatan pelajar lelaki yang dikenali sebagai Haris memaklumkan dia mempunyai dua keluarga iaitu keluarga angkat dan kandung.
Kata Haris keluarga kandungnya bukanlah orang senang dan dia merupakan anak bongsu daripada 12 orang adik-beradik.
Kesusahan ditanggung keluarga kandung menyebabkan Haris menetap bersama keluarga angkat. Malah dia juga menyatakan keluarganya itu selalu berharap kepadanya untuk berjaya.
“Keluarga kandung saya selalu berharap pada saya, saya boleh berjaya. Abang-abang saya mereka semua tak habis sekolah, dan harapkan saya,” katanya.
Abang-abangnya juga sering berpesan agar si bongsu menghabiskan pelajarannya dan membuktikan kepada ibu bapa mereka bahawa dia boleh berjaya.
Haris turut mengakui meskipun dia bukanlah seorang anak yang baik namun kasih sayangnya terhadap ibu bapa begitu mendalam selain mahu membalas jasa keluarga kandung dan angkatnya.
“Saya nak bahagiakan dia orang, mak saya sekarang menghidap kanser tahap empat. Mak kandung saya sendiri.
“Saya dulu masa kecil selalu tengok dia berjalan dengan saya, sekarang dah tak boleh berjalan sebab kanser dah sampai tulang belakang,” ujar pelajar itu sambil menangis.
Penceramah itu kemudiannya memberikan kata-kata positif untuk menaikkan semula semangat Haris dan juga pelajar lain yang berada dalam dewan sekolah berkenaan.
Malah Zack turut meminta kawan baik Haris tampil ke depan selepas pelajar itu menyatakan keluarganya tidak ada dalam dewan tersebut.
Dua orang rakan baiknya kemudian tampil dan memeluknya sambil menangis.
“Abang doakan kau berjaya dunia akhirat, jadi anak yang baik, jadi orang kaya bantu ramai orang susah. Kau anak yang paling terbaik daripada keluarga kau. Walaupun abang kakak kau tak sambung belajar, buktikan pada keluarga kau anak yang terbaik.
“Saya doakan mak awak sihat dan awak berjuang bersungguh-sungguh untuk masa depan awak,” katanya sambil memeluk Haris.
Mengintai di ruangan komen, perkongsian Zack itu telah membuatkan ramai tersentuh malah ada yang turut menangis.
Ada juga yang mendoakan Haris untuk berjaya di masa hadapan.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…